AL-QURAN & SEREBRUM  

 

Allah subhanahuwata’ala berfirman di dalam Al-Quran mengenai seorang orang yang bukan Islam yang telah menghalang Nabi Muhammad sallallahu’alihiwasallam daripada bersolat di Ka’abah bermaksud:

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka); Ubun-ubun orang yang berdusta, yang bersalah” (Surah Al-‘Alaq, 96: Ayat 15-16) (Nota- Dalam laman web it-is-truth, ayat 16 ditafsirkan sebagai: “‘naasiyah’ (bahagian depan kepala) yang menipu dan membuat dosa”- pent)

Mengapa Al-Quran menerangkan bahagian depan kepala sebagai menipu dan membuat dosa? Mengapa tidak Al-Quran katakana saja orang itu yang menipu dan membuat dosa? Apakah kaitannya di antara bahagian depan Allah dengan perbuatan menipu dan membuat dosa?

Jika kita memeriksa bahagian depan dalam tengkorak manusia, kita akan dapati bahagian depan ‘serebrum’. Apa kata fisiologi mengenai tugas bahagian depan ‘serebrum’ ini? Satu buku bertajuk “Essentials of Anatomy & Physiology” (Makna “Perkara Penting Mengenai Kajian tubuh-manusia”) membincangkan perkara ini: Keinginan dan rasa untuk merancang dan memulakan sesuatu pergerakan berlaku di bahagian depan ‘serebum’ (Rujuk gambarajah 9.1). Bahagianlah itu tempat berlakunya perhubungan . . . Buku itu meneruskan: Berhubunng dengan penglibatannya dengan keinginan, bahagian depan ‘serebrum’ juga dikatakan sebagai pusat bermulanya tindakan ganas . .

Justeru, bahagian depan ‘serebrum’ bertanggungjawab untuk merancang, menimbulkan keinginan dan memulakan suatu tindakan baik atau jahat, dan bertanggungjawab dalam hal bercakap bohong atau berkata benar. Oleh itu, amat sesuai untuk menerangkan bahawa bahagian depan kepala sebagai penipu dan berdosa apabila sesorang itu menipu atau membuat dosa, sebagaimana firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud: . . . ‘naasiyah’ (bahagian depan kepala) yang menipu dan berdosa)! Menurut Profesor Keith Moore, ahli-ahli sains telah menemui fungsi-fungsi ini oleh bahagian depan ‘serebrum’ hanya sejak enam puluh tahun dahulu sahaja.

.

[ Home ]