Kata-kata Aluan 
Provos UiTM Kampus Kota Kinabalu

Assalamualaikum wm. wbt. dan salam sejahtera 

 

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat tuan/puan berada di suatu majlis penyuburan ilmu dan maklumat bagi mengambil dan merumuskan beberapa ketetapan menyentuh isu-isu pendidikan dan UiTM.

Konferensi akademik pertama di alaf baru yang diadakan oleh kampus ini merupakan satu usaha murni yang seharusnya mendapat sokongan dan kerjasama dari semua warga akademik universiti ini.  Ia bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan cabaran, peranan dan kesungguhan tuan/puan meningkatkan mutu professional masing-masing disamping merapatkan kerjasama dan meningkatkan kefahaman supaya suasana dan iklim pendidikan di kampus ini sentiasa kearah yang positif dan menyegarkan.

Selaku Ketua Eksekutif UiTM Kampus Kota Kinabalu, harapan saya kepada tuan/puan supaya dapat memanfaatkan sesi pembentangan dan bengkel dengan penyertaan secara sukarela dan  berlapang dada agar natijah persidangan ini dapat membuahkan hasil yang baik di bilik-bilik kuliah  mahupun kepada kerjaya tuan/puan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada semua jawatankuasa kerana menjayakan Konferensi Akademik UiTM 2000 Kampus Kota Kinabalu, Sabah.  Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

 

Sekian.

 

Wassalam.

Hakcipta © mibi2000