Kata-kata Aluan 
Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik)

Assalamualaikum

Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan merakamkan sepatah dua kata untuk mendoakan kejayaan persidangan akademik ini.

Alaf baru 2000 semakin hampir ke penghujung tahunnya yang pertama.  Di alaf baru ini juga kerap diperkatakan mengenai cabaran dan rintangan berupa persaingan, perkongsian bijak dan kesepakatan strategik (strategic alliance).  UiTM juga tidak terpinggir dari persoalan ini, malah akan sentiasa mengambil sikap proaktif sesuai dengan misinya sebagai institusi pendidikan Bumiputra yang unggul di negara.  Dalam menangani cabaran pendidikan, kerjasama semua pihak terutama dari kalangan tenaga akademik amat besar maknanya untuk membolehkan UiTM mencorakkan program pendidikannya  yang sentiasa sesuai dengan kehendak negara dan kehendak rakyat. Malah universiti ini sentiasa terbuka dengan pandangan dan teguran demi memberikan peluang seluas dan sebanyak mungkin kepada mereka yang ingin memajukan institusi ini.  Reputasi UiTM semakin terserlah dengan adanya kesedaran di kalangan warga akademik untuk bersama-sama menangani cabaran-cabaran yang akan mendatang.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan pihak penganjur  mengadakan satu persidangan besar yang membincang dan membengkelkan kertas-kertas kerja yang meliputi beberapa topik perbincangan.  Semoga konferensi ini mencapai matlamat dan hasrat murninya untuk menjalinkan kerjasama di kalangan tenaga akademik di kampus ini demi memajukan pendidikan di Sabah.  

Selamat maju jaya.

 

Wassalam.

Hakcipta © mibi2000