AMERIKA TARIK BALIK 
QURAN TERJEMAHAN ABDULLAH YUSOF ALI

Pihak Berkuasa Penddidikan Los Angeles, Amerika  telah menarik balik sejumlah mashaf-mashaf al-Quran yang telah diterjemah yang ada di perpustakaan-perpustakaan sekolah di sana kerana dakwaan terdapat kata-kata yang berupa anti Yahudi dan kaum Samiah (Sematic).

Jame Contaz, pegawai pendidikan daerah itu berkata kepada akhbar Los Angeles Times, Selasa 12/2 2002 bahawa beliau ada menerima aduan daripada salah seorang guru sejarah tentang hal ini pada 4 Februari 2002 lalu. Berdasarkan akhbar itu, guru terbabit dalam aduannya mengatakan bahawa sebahagian tulisan dalam nota kaki terjemahan Quran ulama India, Abdullah Yusof Ali, itu terdapat kata-kata yang menentang kaum al Samiah.

Contaz juga berkata : "Selepas menyelidiki beberapa naskah itu, saya telah mengarahkan pengetua-pengetua sekolah di  Los Angeles supaya menarik balik semua naskah terjemahan ini dari semua sekolah di seluruh Los Angeles, dan hendaklah disimpan di pejabat mereka sehingga satu keputusan akhir mengenai hal ini dibuat.


Contaz memberi komentar dengan berkata : "Kes ini bukanlah sebab kewujudan Quran secara zatnya di situ (yang tidak boleh ialah terjemahan versi Yusof Ali sahaja), mashaf Al-Quran masih wujud di mana-mana perpustakaan, samalah juga dengan kitab-kitab lain."

Contaz telah mengarahkan supaya dibuat satu mesyuarat bagi mengkaji  naskah terjemahan al-Quran tersebut. Beliau berkata : "Mesyuarat itu akan dihadiri oleh guru sejarah, wakil masyarakat Yahudi di Amerika dan juga wakil dari badan/pertubuhan yang menghadiahkan naskah terjemahan ini kepada sekolah-sekolah, iaitu Persatuan Islam Umar al-Khattab.

Pengarah Hubungan Luar Persatuan Islam Umar al-Khattab telah menyatakan kekesalannya (kepada agensi-agensi berita) di atas hadiah itu yang telah menimbulkan suatu masalah sekarang. Persatuan itu seboleh-bolehnya tidak mahu hubungannya dengan badan pendidikan Amerika terjejas.

Daripada segi lain, beberapa ulama Islam di Los Angeles melahirkan rasa tidak senang mereka di atas langkah baru yang diambil oleh jabatan pendidikan Amerika. Islam Abdullah, editor akhbar Minaret berkata, sesungguhnya keputusan menarik balik mashaf-mashaf ini merupakan satu pencabulan yang nyata terhadap artikel (1) undang-undang Amerika.

Yang menarik perhatian juga ialah, pertubuhan hak asasi Amerika (ALA) yang biasanya bergerak mengecam kempen menentang penghalangan penyebaran buku-buku, tidak mengambil apa-apa langkah dalam kes ini.

Dr. Hibah Rauf, pengkaji sains politik di Cairo University berkata : "Sesungguhnya nas-nas mengkritik Yahudi dalam Al-Quran sebenarnya mengkritik perilaku orang Yahudi dan juga pemikiran zionisme. Adapun Yahudi sebagai agama, Al-Quran menghormatinya dan memperakuinya."

Al-Quran terjemahan ulama India (Abdullah Yusof Ali) adalah antara terjemahan bahasa Inggeris yang paling banyak tersebar, diterbitkan pada tahu 1934. Persatuan Islam Umar al-Khattab telah menghadiahkan sejumlah besar mashaf-mashaf yang telah diterjemahkan ke kawasan-kawasan pendidikan di Los Angeles pada Disember 2001, sebagai langkah awal berbaik sangka bagi menguatkan lagi persefahaman di kalangan masyarakat Amerika dan Islam selepas peristiwa 11 September 2001.

 

Sumber : Islam Online (13/2/2002)

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty (14 Februari 2002)

[Home]