AL-QARDHAWI SERU JIHAD SEBENAR
& PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

Al-Qardhawi menyeru umat Arab dan Islam ke arah jihad fi sabilillah dalam ertikata yang sebenarnya bagi menolong rakyat Palestin. Beliau juga menuntut supaya ditutup keduataan-kedutaaan dan pejabat-pejabat perniagaan Israel yang masih wujud di sesetengah negara Arab. Sementara itu, beliau juga menggesa supaya memboikot barangan keluaran Amerika.

Dr. Al-Qardhawi berkata dalam rancangan "الشريعة والحياة" (Syariat dan Kehidupan) yang disiarkan oleh saluran satelit Al-Jazeera petang Ahad (31 Mac 2002) bahawa apa yang disaksikan oleh tanah Palestin yang terjajah itu kembali kepada 6 kesalahan utama yang telah dilakukan oleh umat Arab dan Islam dalam hubungan mereka dengan Israel. Pertamanya ialah mengganggap bahawa kes Palestin ini adalah kes yang hanya khusus bagi rakyat Palestin semata-mata, mengganggap perdamaian itu adalah pilihan strategi bukannya sebagai pertukaran, dan mengganggap bahawa Israel adalah satu kekuatan yang tidak boleh dikalahkan.

Qardhawi menambah, 3 kesalahan yang lain ialah berkaitan dengan kepercayaan bahawa Amerika adalah penaja perdamaian meskipun ia adalah sekutu rapat Israel, siri-siri penyerahan yang dibuat oleh Arab dalam perjalanan damai dan tindak-balas Arab yang hanya dalam bentuk perkataan, bukan dalam bentuk perbuatan.

Beliau berkata "Kita mesti bangkitkan umat Arab dan Islam", dengan berkeyakinan bahawa dunia Arab dan Islam telah mula bergerak dan pengukuhan ke arah itu mesti dipertingkatkan hingga para pemerintah sendiri terpaksa ikut bersama rakyatnya dan menyahut  permintaan mereka.

Qardhawi hairan kerana ada yang berkata bahawa perdamaian merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Beliau mengganggap ianya bertentangan dengan sifat pilihan itu sendiri, bahkan mungkin  boleh disifatkan di sini bahawa ianya adalah "fardhu bukan pilihan".

Beliau menyatakan rasa sedihnya di atas kelemahan media Arab dalam menonjolkan kesan-kesan  yang telah dilakukan oleh intifada di sudut Israel yang mana ianya adalah sekuat-kuat senjata yang ada. Beliau berkata "Sesungguhnya kita memiliki keteguhan rakyat Palestin dan keteguhan Presiden Yaseer Arafat", masalah sekarang bukannya senjata semata-mata "akan tetapi,  imanlah yang menjadikannya mustahil sebagai pernah berlaku pada perang Oktober 1973".

Beliau menegaskan bahawa Amerika bersama Israel "sehati sejiwa" (قلبا وقالبا), berdasarkan ucapan presiden Amerika, George Bush dan Menteri Luarnya, Collin Powell yang menggambarkan Israel sebagai bertindak mempertahankan dirinya sedang rakyat Palestin lah yang sebenarnya melakukan serangan.

 

Sumber : Al-Jazeera (31 Mac 2002)

 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (1 April 2002)

.