TANTAWI : BUNUH ORANG AWAM ISRAEL 
ADALAH HARUS DARI SEGI SYARA'

 

Syeikh Al-Azhar, Mohamed Sayyed Tantawi menarik balik fatwa beliau lepas mengenai larangan membunuh orang awam Israel. Beliau berkata bahawa membunuh mereka (orang awam Israel) adalah harus, selagimana orang awam bukannya tujuan sasaran utama serangan. Beliau menambah (sebagaimana kenyataan beliau yang disiarkan oleh agensi berita Al-Sharq Al-Awsat) bahawa perbuatan  orang-orang Palestin yang mengebom diri sendiri itu adalah harus dari segi syara', tidak berdosa jika semasa pengeboman itu orang-orang awam (Israel) turut terkorban.

Tantawi berkata : "Sesungguhnya setiap yang mengebom dirinya di kawasan komuniti penceroboh-penceroboh yang telah memusnahkan rumah-rumah, membunuh  wanita  & lelaki muslim, orang-orang yang tidak berdosa, dan juga mereka yang menceroboh ke atas maruah, harta-benda & jiwa raga saudara kita di Palestin, dia adalah syahid", beliau menambah "Sesungguhnya ia mengebom dirinya di tempat musuh yang telah merampas tanahairnya, mencabul kehormatannya dan membunuh jiwa-jiwa (yang tidak berdosa)

Dalam fatwa beliau terdahulu yang melarang membunuh orang awam Israel, Tantawi berkata : "Sesungguhnya kesatriaan, kehormatan (maruah) dan kemuliaan dalam Islam ialah janganlah aku meletupkan diriku pada kanak-kanak (di tempat yang ada kanak-kanak), akan tetapi, kita andaikan bahawa pejuang itu masuk ke kawasan jajahan (koloni), dan tanah jajahan ini adalah jajahan Yahudi (yang dijajah oleh yahudi), lalu dia membunuh laki-laki, perempuan dan kanak-kanak, maka ia juga adalah syahid. Sesungguhnya ia tidak mampu nak membezakan antara mereka". Tantawi sambil itu menegaskan bahawa fatwanya yang lepas menentang daripada menjadikan orang awam sebagai tumpuan sasaran utama. Beliau selanjutnya berkata : "Apa yang saya sebut ialah, janganlah sengaja meletupkan diri sendiri di tempat orang yang dhaif."

Tantawi yang menjawat jawatan agama tertinggi di Mesir pernah mengeluarkan kenyataan protesnya terhadap serangan ke atas orang awam yang tidak berdosa dari mana-mana pihak  atau kumpulan atau negara (termasuklah Israel). Beliau telah membuat kenyataan selepas serangan rakyat Palestin yang mengorbankan ramai orang awam Israel bahawa beliau "menentang kata-kata yang mengatakan bahawa serangan ke atas kanak-kanak awam adalah harus kerana mereka akan menjadi tentera bila dewasa nanti, ini kerana kata-kata ini adalah buruk dan kotor, saya tidak bersetuju dan ianya bertentangan dengan pesanan Nabi S.A.W."

Kenyataan Tantawi itu telah menimbulkan banyak kritikan dan tindak-balas serta kemarahan ulama-ulama  Islam yang melihat  serangan berani mati dan serangan bom ke atas rakyat Israel adalah disyariatkan dan diberi pahala kepada pelakunya.

Sumber : Reuters & Al-Jazeera  ( 21 Mac 2002)

 

.

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty (23 Mac 2002)

[Home]

.