Assalamualaikum,

Telah tersebar luas di internet tentang lirik lagu terbaru KRU yang banyak menyinggung perasaan orang tertentu terutama pada perkataan "sandiwara" dan juga perkataan "tok guru". Ada yang melabelkan KRU sebagai 'Kumpulan Rosak Ummah' kerana terlalu marah....berikut adalah lirik lagu tersebut..Anda boleh menilainya sendiri.


Sandiwara

Setelah sekian lama
Tak pernah ku tertanya
Mengapa Ceritamu
Begitu Sempurna
Tanpa Rasa curiga
Dirimu ku terima
Dengan ideologi
Menghina, Mencaci

Dari mu ku belajar
Bersikap kurang ajar
Wahai Tok Guru ku
Kau racun mindaku
Namun aku tersedar
Terlewat dari masa
Aku sudah terkena
Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku

*chorus
KATAMU TERSUSUN RATA
KU TERIMA SEBULAT BULATNYA (DALAM SANDIWARA)
AKU JELAS TERPEDAYA
TERPERANGKAP PERMAINAN SANDIWARA
PUTIH KAU JADIKAN KELABU
HATIKU MENJADI HARU BIRU (DALAM SANDIWARA)
AKU JADI BONEKAMU
DALAM SANDIWARA ITU

Setapak langkahku
dua tapak kau maju
Mindaku kau baca
Bagai sebuah buku
Kau buat ku percaya
Apa ku nak percaya
Hidupku kau atur
Bagaikan catur
Bila yang benar kau katakan sandiwara
Tapi yang sebenar
Kau bijak tukar fakta
Bukan sahaja itu
Tapi yang lebih pilu
Kau pecah belah umatku

Keliru ku Keliru

*chorus
KATAMU TERSUSUN RATA
KU TERIMA SEBULAT BULATNYA (DALAM SANDIWARA)
AKU JELAS TERPEDAYA
TERPERANGKAP PERMAINAN SANDIWARA
PUTIH DILAUTAN HIJAU
AKU SEUMPAMA DIPUKAU (DALAM SANDIWARA)
AKU JADI BONEKAMU
DALAM SANDIWARA ITU

Kau beriku informasi, tafsiran yang tersendiri
Dan demi kepentingan diri yang kanan kau kata kiri
Hingga ku benci, benci, benci pada semua
Kerna itu aku sanggup menderhaka
Kau telah meracun minda
Ku gagal lihat yang benar
Nasihat orang tua ku ingkar
Kerna kau buat aku percaya mereka mungkar

Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar

*chorus
KATAMU TERSUSUN RATA
KU TERIMA SEBULAT BULATNYA (DALAM SANDIWARA)
AKU JELAS TERPEDAYA
TERPERANGKAP PERMAINAN SANDIWARA
PUTIH DILAUTAN HIJAU
AKU SEUMPAMA DIPUKAU (DALAM SANDIWARA)
AKU JADI BONEKAMU
DALAM SANDIWARA ITU


[ Home ]