Fatwa Online telah diberitahu bahawa Shaykh 'Abdul-'Azeez Aal ash-Shaykh,  mufti besar Arab Saudi, telah menggesa umat Islam supaya memboikot portal internet Yahoo kerana peranannya sebagai  'orang tengah gambar-gambar porno online'.

"Saya menasihatkan semua muslim yang melayari internet supaya berhati-hati dengan laman-laman yang disyaki menjurus ke arah yang boleh merosakkan moral. Kita mesti boikot mereka." kata Shaykh 'Abdul-'Azeez dalam satu interview.

"Jika kita boikot (Yahoo!), bermakna ia akan berhenti 'menghantar' (maknanya menghantar keputusan pencarian - result) laman-laman yang tidak bermoral, Muslim mesti memboikotnya" kata Shaykh 'Abdullaah ibn 'Abdur-Rahmaan al-Bassaam sebagai reaksi terhadap keputusan Yahoo untuk membuka storan pornografi secara online.

Beberapa ulama Islam yang lain juga membantah terhadap kenyataan bahawa ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadith Nabi (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) di'display' dalam halaman (page) yang sama di portal Yahoo ini, sebelah-menyebelah dengan bahan-bahan lucah.

 

 

 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (17 April 2001) 

[ Home ]