MEMBINA LAMAN WEB MENGGUNAKAN
NETSCAPE COMPOSER

 

Memulakan Composer

1. Buka Netscape Communicator, klik ikon Netscape Composer di sudut bawah sebelah kiri tingkap (window) Netscape atau pergi ke menu Communicator ® Composer atau tekan Ctrl+4.

2. Satu window Composer tanpa nama seperti di atas akan keluar.

3. Di sini anda boleh menulis laman web anda

 

Menulis Laman Web Di Composer

1. Tulis SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SAYA

2. Letakkannya di tengah-tengah halaman : Highlightkan dan ambil menu Format ® Align ® Center atau klik ikon Align di Formatting Toolbar.

3. Tukarkan fontnya kepada Arial : Highlightkan dan ambil menu Format ® Font ® Arial atau pilih bentuk huruf Arial di Formatting Toolbar.

4. Tebalkan huruf tersebut : Highlightkan dan ambil menu Format ® Style ® Bold atau klik ikon Bold di Formatting Toolbar.

5. Warnakannya dengan warna merah : Highlightkan dan ambil menu Format ® Color atau klik drop-down menu warna di Formatting Toolbar.

6. Besarkan saiznya kepada 14 : Highlightkan dan ambil menu Format ® Size ® 14 atau klik di Formatting Toolbar.

7. Tukarkan latar-belakangnya kepada warna hijau : Ambil menu Format ® Page Colors and Properties , klik pada tab Colors and Background dan pilih warna hijau.

8. Simpan dokumen anda dengan nama yang sesuai, sebagai contoh ‘main’ dengan tajuk ‘Laman Web Mazuki Izani’ : File ® Save.

 

Memasukkan Link

1. Ada 3 bentuk link

a. Link ke fail lain dalam local hard-disk
b. Link ke halaman lain di www (world wide web)
c. Link e-mail

a. Link ke fail lain dalam local hard-disk

Tulis perkataan biodata (misalnya).

Highlightkannya

Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.

Satu kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

Link Text memaparkan perkataan Biodata, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.

Link To ialah pautan ke halaman lain di www dan fail tertentu dalam local hard-disk anda.

Klik Choose File (kerana page yang akan dilinkkan itu berada dalam local hard-disk.

Carilah satu fail tertentu dalam folder tertentu untuk dilinkkan, sebagai contoh, fail yang bernama biodata (yang sudah dibuat sebelum ini).

Ruang kosong itu akan diisi dengan nama biodata.html (dengan sambungan html)

Klik OK

Perkataan Biodata tadi akan bergaris menandakannya sudah berlink.

Save page anda.

Untuk mengujinya, sila browse page anda (File ® Browse Page)

Dalam Navigator window, klik pada perkataan Biodata tadi dan anda akan di bawa ke halaman Biodata. Jika ini berlaku, bermakna anda telah berjaya mencipta link dalam local hard-disk.

 

b. Link ke halaman lain di www (world wide web)

Tulis perkataan Utusan Malaysia (misalnya).

Highlightkannya

Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.

Satu kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

Link Text memaparkan perkataan Utusan Malaysia, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.

Link To ialah pautan ke halaman lain di www dan fail tertentu dalam local hard-disk anda.

Pada ruang kosong yang disediakan, taip URL Utusan Malaysia iaitu http://www.utusan.com.my

Klik OK

Perkataan Utusan Malaysia tadi akan bergaris menandakannya sudah berlink.

Save page anda.

Untuk mengujinya, sila browse page anda (File ® Browse Page)

Dalam Navigator window, klik pada perkataan Utusan Malaysia tadi dan anda akan di bawa ke laman rasmi akhbar Utusan Malaysia (anda perlu on-line tika ini). Jika ini berlaku, bermakna anda telah berjaya mencipta link ke www.

c. Link e-mail

Tulis perkataan E-Mail Saya (misalnya).

Highlightkannya

Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.

Satu kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

Link Text memaparkan perkataan E-Mail Saya, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.

Pada ruang Link To A Page Location Or Local File, taip arahan ini , mailto:(e-mail anda). Contohnya mailto:mibi73@hotmail.com

Klik OK

Perkataan E-Mail Saya tadi akan bergaris menandakannya sudah berlink.

Save page anda.

Untuk mengujinya, sila browse page anda (File ® Browse Page)

Dalam Navigator window, klik pada perkataan E-Mail Saya tadi, satu e-mail client akan keluar iaitu Composition yang lengkap dengan alamat e-mail penerima. Jika ini berlaku, bermakna anda telah berjaya mencipta link atau pautan e-mail.

 

 

Memasukkan Imej

1. Ambil menu Insert ® Image atau klik ikon Image di Composition Toolbar.

2. Pilih imej yang dikehendaki; sekiranya imej tersebut berada di www, masukkan URLnya pada ruang Image Location – Enter a remote URL or local file. Jika imej tersebut berada di dalam local hard-disk, klik butang Choose File…. dan cari di folder mana imej tersebut berada.

3. Klik OK.

 

 

Memasukkan Garis Lintang

4. Ambil menu Insert ® Horizontal Line atau klik ikon Horizontal Line di Composition Toolbar.

5. Highlight garisan tersebut, right-click dan pilih Horizontal Line Properties pada pop-up menu.

6. Di sana anda boleh ubahsuai panjangnya, ketebalan, alignment, 3-D Shading dsb.

 

Memasukkan Target

1. Mula-mula tulis dua perkataan yang sama di 2 tempat yang berlainan; satu di bahagian atas laman dan satu lagi di bahagian bawah laman.

2. Contohnya perkaatan ‘Saya’.

3. Highlightkan perkataan ‘Saya’ yang kedua, iaitu yang terletak di bahagian bawah laman.

4. Ambil menu Insert ® Target atau klik ikon Target di toolbar.

5. Isikan nama target tersebut .

6. Satu simbol Target seperti dalam rajah akan keluar. Walau bagaimanapun, simbol ini tidak akan kelihatan di internet.

 

7. Kemudian, highlightkan pula perkataan ‘Saya’ yang pertama, iaitu yang terletak di bahagian atas laman.

8. Ambil menu Insert ® Link

9. Dalam kotak dialog yang keluar (seperti rajah di bawah), pilih nama target yang anda telah buat sebelum ini, iaitu ‘saya’.

10. Apabila anda mengklik perkataan ‘Saya’ di Select a named target in current page (optional), ‘#Saya’ akan ditulis secara automatik di ruang Link to a page location or local file: Tanda ‘#’ sebenarnya adalah simbol bagi Target.

11.Klik OK

11. Save dan browse page anda

12. Dengan mengklik perkataan ‘Saya’ yang pertama, ia akan membawa anda kepada perkataan ‘Saya’ yang kedua.

13. Penggunaan Target adalah amat penting jika sesuatu laman itu mempunyai kandungan yang panjang yang mana penulis boleh meletakkan index atau menu ringkas tentang kandungan sesuatu laman di bahagian atas laman supaya mudah dilihat oleh surfer.

 

 

Memasukkan Table (Jadual)

1. Ambil menu Insert ® Table atau klik ikon Table di toolbar.

2. Dalam kotak dialog New Table Properties, anda boleh ubahsuai reka-bentuk jadual tersebut mengikut kesukaan anda, umpamanya bilangan row dan column, kedudukannya samada di kiri, tengah atau kanan window, ketebalan border, warna atau imej latar-belakang dan sebagainya seperti rajah di bawah.

3. Kemudian klik OK.

4. Untuk perhatian : Table memainkan peranan penting dalam pembinaan laman web terutama dalam menyusun-atur kedudukan teks dan imej supaya menjadi lebih kemas.

 

Upload / Publish Bahan

1. Ambil menu File ® Publish… ,

2. Kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

3. Isikan ruang kosong yang disediakan.

4. Antara ruang yang mesti diisi ialah :

o Page Title : Tajuk laman anda (sudah diisi secara automatik oleh Composer)

o HTML Filename : nama laman anda dalam bentuk fail .html (Juga sudah diisi secara automatik oleh Composer)

o HTTP or FTP Location to publish to : iaitu host/server anda berdaftar (sebagai contoh di sini ialah nbci.com)

o Username : Username anda semasa berdaftar dengan nbci.com

o Password : Password/kata laluan yang anda pilih semasa berdaftar dengan nbci.com

5. Bila sudah diisi dengan sempurna dan tepat, sambungkan komputer anda ke internet dan klik OK.

6. Fail anda akan ditransfer/dipos/dihantar ke nbci.com

7. Apabila proses publishing selesai, anda boleh periksa laman web anda di internet.

8. Lancarkan internet browser (samada Netscape atau IE ), taip URL http://members.nbci.com/username anda.

9. Jika terdapat di sana terdapat laman yang anda telah hantar sebentar tadi, bermakna anda telah berjaya melancarkan homepage atau laman web anda. SELAMAT MENCUBA.

 

Disediakan oleh:
Mazuki Izani Ismail
UiTM Kampus Kota Kinabalu
4 Mei 2000

 

 

 

[ Home ]