Al-Azhar Seru JIHAD
Jika Berlaku Perang Ke Atas Iraq

 

 

Al-Azhar dalam deklarasinya petang semalam (9 Mac 2003) menyeru seluruh umat Islam kepada JIHAD jika Amerika menyerang Iraq.   مجمع البحوث الإسلامية   Majma' Al-Buhuts Al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam) Universiti Al-Azhar berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Islam-Online pada Isnin, 10 Mac 2003 : "Sesungguhnya JIHAD  menjadi fardhu ain ke atas semua umat Islam jika Amerika melancarkan serangan ke atas Iraq. Orang-orang Arab dan Islam mestilah membuat persediaan yang cukup dari sekarang bagi mempertahankan diri mereka, aqidah mereka dan tanahair mereka, dan hendaklah mereka melupakan semua perselisihan sesama mereka supaya tidak lemah di hadapan jangkaan serangan musuh ke atas umat Islam."

Dekklarasi itu menyebut : "Kebanyakan orang menjangkakan bahawa serangan ke atas Iraq pasti benar-benar berlaku, dari sini, secara logik dan berdasarkan syariat Islam, apabila musuh menyerang bumi umat Islam, JIHAD menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim dan muslimat, kerana umat kita (umat Arab dan umat Islam) akan menghadapi perang salib baru yang memfokuskan (target) tanah, harta-benda, aqidah dan tanahair.

Kenyataan itu menambah : "Keputusan /resolusi menyerang Iraq tidak lain melainkan permulaan bagi serangan-serangan lain ke atas negara-negara Arab yang lain, dalilnya apa yang diumumkan mereka bahawa selepas Iraq dikuasai, mereka akan membahagi-bagikan dan menyusun kedudukan di kawasan Arab bagi kepentingan Amerika dan Israel dan menamatkan penentangan rakyat Palestin.

Kenyataan itu mengalu-alukan usaha rakyat dan kerajaan yang mahu mengelakkan perang dan menyelesaikan krisis Iraq melalui jalan damai dan melalui PBB.

 

Setiausaha Majma' , En. Abu Al-Wafa 'Ajur berkata kepada Reuters : "sesungguhnya deklarasi itu dibuat sebagai bantahan terhadap ketegangan yang berlaku di rantau berkenaan disebabkan krisis Iraq, yang mana Amerika dan Britain telah meletakkan berpuluh-puluh ribu tentera di kawasan Teluk sebagai persediaan perang terhadap Iraq. Abu Al-Wafa berkata, Syeikh Al-Azhar , Mohamed Sayyed Tantawi telah meneliti deklarasi ini dan telah memperakuinya. Akhbar Al-Ahram (akhbar harian utama Mesir) ada menyiarkan secara tidak rasmi berita mengenai deklarasi ini di muka 4, keluaran 10 Mac 2003.

Dari sudut lain, Ahmed Kamal Abu Al-Majd ( أحمد كمال أبو المجد ) seorang pemikir Islam dan juga anggota Majma' berkenaan dengan deklarasi itu berkata : "Deklarasi itu tidak ditujukan kepada dunia Kristian, akan tetapi ditujukan kepada puak pelampau di pentadbiran Amerika. Abu Al-Majd menambah, JIHAD bermaksud mempertahankan jiwa (diri). Katanya "Deklarasi ini sangat seimbang", "Maksud JIHAD terikat dengan maksud mempertahankan diri yang disyariatkan dalam keadaan terdedah kepada serangan musuh.

Sumber : Islam-online (edisi Arab)

 

 
     

[Laman Utama]
.,

 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (11 Mac 2003)