AKHLAK YAHUDI DALAM AL-QURAN
Oleh:
Fadhilatus-Syeikh 'Atiyyah Saqar
Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar
Kaherah, Mesir

Tidak syak bahawa cerita Bani Israel mengambil tempat yang tidak sedikit dalam Al-Quran dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Tidak diragui lagi bahawa akhlak Yahudi dalam Al-Quran banyak, ada yang terpuji yang mana sedikit jumlahnya dan kebanyakannya sifat-sifat keji. Barangsiapa yang bersifat dengan sifat-sifat ini (sifat Yahudi) termasuk dalam kategori yang Allah cela mereka dalam ayat-ayatNya.

Al-Quran telah menjelaskan ciri-ciri akhlak Yahudi dan menceritakannya dengan adil. Al-Quran memuji mereka di tempat yang selayaknya mereka mendapat pujian dan mengeji mereka apabila mereka melakukan perkara-perkara yang dikeji. Dan kejian itu adalah lebih banyak daripada pujian kerana sifat tabie mereka macam itu dan juga kerana mereka membuat perkara mungkar. Ayat yang menunjukkan pujian Allah untuk mereka ialah :  (وَلَقَدْ آتَيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ) - surah Al-Jaathiah : 16  . Maksudnya ; "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya." 

Antara akhlak-akhlak buruk mereka ialah :

1-Pendustaan ke atas Allah. Allah berfirman : (ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ) - surah Ali Imran : 75. Maksudnya : "Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." .  Firman Allah lagi : (وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ) - surah Al-Maidah : 64. Maksudnya : "  Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)". Firman Allah : (قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاء) - surah Ali Imran : 181. Maksudnya : "Orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya ". Firman Allah : (وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ) - surah Al-Maidah : 18. Maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya."

2-Mereka suka mendengar kata dusta. Allah berfirman : (وَمِنَ الذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ) - surah Al-Maidah : 41. Maksudnya : "...demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu;" (سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ) - surah Al-Maidah : 42. Maksudnya : "Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)".

3-Melawan Allah. Allah berfirman : ( فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً) - surah Al-Maidah : 13. Maksudnya : "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran)". iaitu perjanjian dengan Allah untuk mengerjakan solat, mengelurkan zakat, beriman kepada para Rasul serta menolong mereka dan juga al-Qardhu al-Hasan (pinjaman cara Islam). 

4-Melawan para rasul. Allah Taala berfirman : (وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً) - surah Al-Baqarah : 55. Maksudnya : "Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Firman Allah : (كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ) - surah Al-Maidah : 70. Maksudnya : "(Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.  Firman Allah : (قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذٍْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ) - surah Al-Maidah : 24. Maksudnya : "Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".

5-Banyak argumentasi. Allah Taala berfirman : (وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوا أَنَّي يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ) - surah Al-Baqarah : 247. Maksudnya : "Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Firman Allah : (قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّك يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا) - surah Al-Baqarah : 70. Maksudnya : "Mereka berkata lagi: Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya)".

6-Menyembunyikan yang Haq dan menyesatkan. Allah Taala berfirman : (وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ) - surah Al-Baqarah : 42. Maksudnya : "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.". Firman Allah Taala : (يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ)- surah Ali Imran : 78. Maksudnya : "Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu."

7-Nifaq (Munafik). Allah Taala berfirman : ( وإذا لقوا الذين آمنوا قالوا آمنا وإذا خلوا إلى شياطينهم قالوا إنا معكم إنما نحن مستهزئون) - surah Al-Baqarah : 14.  Maksudnya : "Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". Firman Allah Taala : (أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب) - surah Al-Baqarah : 44.  Maksudnya : "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

8-Mengutamakan kepentingan diri dan keegoan melampau. Allah Taala berfirman : ( أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمْ اسْتَكْبَرْتُمْ ) - surah Al-Baqarah : 87.  Maksudnya : "Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya)..". Firman Allah Taala : (لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ) - surah Ali Imran : 75.  Maksudnya : "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi..." 

9-Suka berbuat kejahatan kepada orang dan berusaha merosakkan mereka. Allah Taala berfirman : ( وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ) - surah Al-Baqarah : 109.  Maksudnya : "Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad S.A.W). 

10-Bencikan kebaikan yang dinikmati orang lain. Allah Taala berfirman : ( إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا) - surah Ali Imran : 120.  Maksudnya : "Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Firman Allah Taala : (أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهًمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ) - surah An-Nisaa : 54.  Maksudnya : "Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?".

11-Takabbur dan membangga diri. Allah Taala berfirman : (نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ) - surah Al-Maidah : 18. Maksudnya : "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Firman Allah Taala : ( أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنْفُسَهُمْ) - surah An-Nisaa : 49. Maksudnya : "Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?". Firman Allah Taala : (لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ) - surah Ali Imran : 75.  Maksudnya : "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi..." 

12-Eksploitasi dan opportunisme. Allah Taala berfirman : (وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ) - surah An-Nisaa : 161. Maksudnya : "Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Firman Allah Taala : ( أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ) - surah Al-Maidah : 42. Maksudnya : "sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)".

13-Tidak beradab ketika bercakap. Firman Allah Taala : (مِنَ الذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدَّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعَ وَانْظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا)  - surah An-Nisaa : 46. Maksudnya : "Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka)."

14-Mereka sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah hatta terhadap para nabi. Firman Allah Taala : (وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ) - surah Al-Baqarah : 61. Maksudnya : "..dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar."

15-Hati keras dan perasaan beku. Firman Allah Taala : (ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَة) - surah Al-Baqarah : 74. Maksudnya : "Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi."

16-Tidak menepati janji. Firman Allah Taala : (أَوَكُلَّمَا عَاهَدُوا عَهْدًا نَبَذَهُ فَرِيقٌ مِنْهُمْ) - surah Al-Baqarah : 100. Maksudnya : "..dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka?"

17-Tiada sensitiviti dan kesedaran beradab sudah mati.   Firman Allah Taala : (كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ) - surah Al-Maidah : 79. Maksudnya : "Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan". Firman Allah Taala : (تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ) - surah  : . Maksudnya : " 

18-Suka menipu, membuat perkara yang dilarang. Allah Taala berfirman : (وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الذِينَ اعْتَدَوْا مِنْكُم فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ) - surah Al-Baqarah : 65. Maksudnya : "Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". Ayat itu ditafsirkan oleh firman Allah Taala : (إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شَرْعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ لَا تَأْتِيهِمْ) - surah Al-A'raf : 163. Maksudnya : "... semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka."

19-Penakut. Allah Taala berfirman : (لَأَنْتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِي صُدُورِهِمْ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ . لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُحَصَّنَةٍ أَوْ مِنْ وَرَاءِ جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى)  - surah Al-Hasyr : 13-14. Maksudnya : "(Kerana) sesungguhnya kamu - dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya). (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka)." Firman Allah : ( لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهْ) - surah Al-Baqarah : 249. Maksudnya : "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Firman Allah : (وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَاٍة) - surah Al-Baqarah : 96. Maksudnya : "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya)".

20-Bakhil/Kedekut. Allah berfirman : (أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا) - surah An-Nisaa' : 53. Maksudnya : "Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.    Firman Allah Taala : (وَالذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ) - surah At-Taubah : 34. Maksudnya : "Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

21-Mengubah isi kandungan kitab-kitab suci. Allah berfirman : (فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا) - surah Al-Baqarah : 79. Maksudnya : "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit."  Firman Allah Taala : (مِنَ الذِينِ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ) - surah An-Nisaa' : 46. Maksudnya : "Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar".

22-Menerima kekuufuran dalam usaha untuk merealisasikan matlamat mereka. Allah berfirman : (أَلَمْ تَرَ إِلَى الذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَؤُلَاءِ أَهْدَى مِنَ الذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا) - surah An-Nisaa' : 51. Maksudnya : "Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). Firman Allah : ( تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الذِينَ كَفَرُوا) - surah Al-Maidah : 80. Maksudnya : "Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka."

Inilah satu gambaran akhlak Yahudi sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran. Mereka melawan ajaran samawi Yahudi dan menukarkannya dengan ajaran lain yang mereka anggap lebih baik dariapada ajaran Taurat "Talmud". Dari itu, semua negeri yang pernah mereka duduki pasti menyebut-nyebut tentang mereka. Sejarah pengusiran mereka dari negeri Eropah termaktub di buku-buku.  Niat jahat mereka sekarang ini tertumpu dalam bentuk yang yang buruk sekali iaitu gerakan zionisme.

Sumber : Islam Online (7 April 2002)

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty (8 April 2002)

[Home]

.