HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN
MELALUI INTERNET

 

Soalan : Keluarga saya tinggal di Amerika, bolehkan dibuat ibadah korban melalui internet dengan mengetahui bahawa syarikat ini (syarikat yang mengendalikan urusan ibadah korban)  diiktiraf di Amerika. Syarikat ini membuat pengagihan daging korban ke negara-negara muslim yang memerlukan. (Dyana, Amerika, 8 Februari 2003)

Jawaban : بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد ,  Ibadah korban  melalui satu-satu syarikat yang ada di internet  adalah HARUS, kerana harus mewakilkan orang lain dalam hal penyembelihan binatang korban. Dengan syarat, orang yang mewakilkan itu dapat pastikan betul-betul bahawa syarikat itu boleh dipercayai, amanah dan komited dalam mempraktikkan hukum agama, supaya tidak jatuh urusan itu kepada syarikat-syarikat yang diragui.

Syeikh Jaafar At-Tholhawi, seorang ulama Al-Azhar berkata :

Kepada anak yang bertanya : Kami takut akan berlaku penipuan dalam hal ini. Berdasarkan apa yang anda sebut, mengikut realiti pengalaman yang lepas, terdapat beberapa syarikat telah membina laman web di internet, mereka membuat perniagaan bagi menarik pelanggan, mengumpul dana  bagi tujuan perniagaan, menjanjikan pelanggan dengan keuntungan yang besar dan segera, akhirnya diketahui bahawa syarikat-syarikat ini menyeleweng dan melarikan duit orang ramai sekaligus menipu mereka.

Selagi mana anda tidak mampu nak pastikan tentang pertanggungjawaban, kebenaran dan amanah orang yang akan mewakilkan anda dalam melakukan ibadah korban, maka janganlah campakkan diri anda sebagai mangsa penipuan.

Yang penting bagi kami ialah iktiraf anda (tidak pihak lain) tentang bahawa yang hendak mewakilkan anda itu boleh dipercayai, amanah dan komited dalam mempraktikkan hukum agama.

 

Sumber : Islam-Online

 

 
     
 

 

[Home]

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (10 Februari 2003)