HUKUM SERANG TENTERA AMERIKA DI NEGARA ISLAM

 

Soalan : Adakah menyerang kewujudan tentera Amerika (yang memerangi) di negara-negara muslim dan Arab di Teluk dianggap sebagai jihad ? Dan adakah orang yang terbunuh dalam operasi ini dianggap syahid atau sekadar mati biasa ? - Rif'at, Kuwait ( 19/3/2003)


Jawaban : (oleh sekumpulan mufti)

بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد....ة
Kami telah ajukan soalan ini kepada sekumpulan  mufti, ringkasan fatwa mereka adalah seperti berikut :

1- Kewujudan tentera Amerika yang begitu banyak di rantau ini adalah tidak diterima sama-sekali oleh rakyat terbanyak, dan ia dianggap sebagai pencabulan ke atas negara dan kebebasan.
2- Tujuan utama serangan Amerika ini adalah utnuk menguasai sumber asli umat Islam khususnya minyak.
3- Rakyat hendaklah bergerak mempertahankan tanahair mereka dan kemerdekaannya terhadap penjajahan Amerika ini.
4- Jika dahulu ada alasan membenarkan tentera Amerika di negara Islam, namun keadaan sekarang sudah berubah. Meneruskan kewujudan tentera Amerika ini di tanah Arab ketika ini adalah satu petanda serangan dan penjajahan, dari sini mereka mesti diperangi.
5- Mana-mana orang Islam terbunuh dalam operasi menghalau tentera Amerika ini dianggap sebagai syahid, dan darjatnya merupakan setinggi-tinggi darjat syahadah (syahid).
6- Penentangan ini diharuskan terhadap tentera-tentera Amerika yang datang ke tanah Arab untuk menyerang negara Arab/Islam lain. Adapun pelancong, rakyat biasa, duta dan sebagainya, mereka itu terjamin keselamatan mereka. (tidak boleh diperangi).

Fadhilah Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayyed Tantawi  ( الدكتور محمد سيد طنطاوي ) berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar Kuwait "الرأي العام " pada Ahad, 29 September 2002 :

WAJIB dari segi Syara' bersama Iraq dalam menentang mana-mana serangan ke atasnya, kerana serangan ke atas mana-mana negara Islam tanpa sebab adalah JIHAD dan kewajipan Islam. Begitu juga, TIDAK BOLEH dari segi Syara' memberi kemudahan dan bantuan kepada tentera penyerang ini bagi melancarkan serangan mereka. Sesungguhnya kita menolak berlakunya perkara yang tidak diingini ke atas rakyat Iraq, kerana Iraq adalah  satu juzuk yang tidak boleh dipisahkan daripada umat Arab dan Islam, tidak boleh dibiarkan. Dan kita berdoa kepada Allah semoga menolong orang yang diserang. Kita bersama rakyat Iraq dan menentang mana-mana serangan ke atasnya, kita tidak redha kezaliman dan peperangan ditimpa ke atas mana-mana negara Arab atau Islam walau macamana sekalipun negara itu.

Syeikh Dr. Ibrahim Zayd Al-Kaylani ( الشيخ الدكتور إبراهيم زيد الكيلاني ), bekas Menteri Wakaf Jordan berkata :

Seperti mana yang diketahui bahawa, apabila musuh menyerang negara umat Islam, JIHAD menjadi fardhu ain serta-merta ke atas setiap muslim bertepatan dengan firman Allah Taala :

 وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ

Hari ini, Semenanjung Arab, Iraq dan Palestin semuanya tanah Islam yang suci telah menjadi sasaran musuh Islam. Nabi S.A.W. bersabda :   "لا يجتمع في جزيرة العرب دينان "   , maksudnya "Tidak berkumpul di tanah Arab dua agama".  Maka menjadi kewajipan ke atas orang Islam memainkan peranan mereka dalam menyelamatkan tanah Islam ini. Allah Taala telah menyuruh kita membatalkan perjanjian dengan orang yang kita membuat perjanjian dengan mereka semata-mata kerana takutkan kejahatan mereka.

وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إلَيْهِمْ - الأنفال : 58
Maksudnya : "Dan jika kamu mengetahui pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur."

Maka, melancarkan serangan ke atas mana-mana tentera Amerika yang datang untuk menyerang (umat Islam) adalah WAJIB dan JIHAD, kerana mereka itu datang untuk membunuh dan menjajah.

Yang Berbahagia Faysal Mawlawy ( فيصل مولوي ), Naib Ketua Majlis Penyelidikan dan Ifta' Eropah :

Tidak boleh dibenarkan tentera asing memasuki negara muslimin walau dengan apa keadaan sekalipun. Tidak boleh mana-mana pemerintah menerima kemasukan tentera asing melainkan jika terdapat keperluan yang mendesak yang tidak boleh diatasinya. Barangsiapa yang mampu menentang kewujudan tentera asing di negara muslimin dengan apa cara sekalipun, menjadi kewajipan baginya melaksanakannya dan barangsiapa yang terbunuh di jalan ini maka ia adalah syahid, insya-Allah. Kerja ini dari segi Syara'nya tidak dianggap sebagai melakukan maksiat kepada pemerintah kerana jika pemerintah itu membenarkan tentera asing masuk tanpa keperluan mendesak, maka ia adalah maksiat. Orang Islam tidak diwajibkan mentaati pemerintah dalam maksiat kepada Allah bahkan menjadi kewajipannya buat maksiat kepada pemerintah dalam hal ini. Adapun jika pemerintah menerima kemasukan tentera asing ke negara muslimin berdasarkan keperluan tertentu, mungkin diizinkan oleh  Syara' jika ia benar-benar perlu. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang umat Islam daripada membantah kedatangan tentera-tentera asing ini kerana ini merupakan hukum syara' asal.

Fadhilah Syeikh Husein As-Sistani, Pakar Agama Tertinggi Syiah bandar Najf, Iraq berkata :

Memberi sebarang bentuk bantuan dan pertolongan kepada musuh adalah salah satu dosa besar dan sebesar-besar pengharaman, mendapat kehinaan dan keaiban dalam kehidupan dunia dan Akhirat. Semua hendakalah sedar bahawa hasrat musuh untuk menduduki Iraq, jika tercapai (Mudah-mudahan Allah tidak membenarkan), akan membawa kepada petaka yang boleh mengugat dunia Islam seluruhnya. Maka, semua umat Islam hendaklah bersatu hati dan berusaha sedaya upaya mempertahankan Iraq daripada rancangan jahat musuh Islam.

Prof. Madya Dr. Yunus Al-Asthal (Syariat Islamiyyah) - Palestin berkata :

Menentang kewujudan tentera Amerika dianggap sebagai salah satu pilihan mujahidin di zaman ini. Mereka (tentera Amerika) menggigit Islam dengan geraham mereka. Sesungguhnya syahid mereka adalah setinggi-tinggi darjat syahadah kerana mereka menentang jenayah perang Amerika ke atas umat Islam.

Dr. Ahmad Ar-Raisuli, profesor syariah – Morocco berkata : 

Sesungguhnya kewujudan tentera Amerika di Teluk, di darat dan di perairannya adalah kewujudan yang tanpa izin, kerana pertamanya tidak boleh diterima dari segi Syara’ dan tidak dipersetujui oleh rakyat rantau berkenaan yang menolak sekeras-kerasnya. Jika dikatakan bahawa antara sebab berlakunya peperangan ini adalah bagi membebaskan Kuwait dan menjaga institusi negara itu daripada ancaman Iraq, justifikasi ini sudah lama berakhir (tak boleh dipakai lagi). Sebagaimana yang kita lihat, hari ini tentera Amerika dan Britain sedang masuk secara jelas bertujuan untuk menyerang Iraq, menjajahnya, menguasai pentadbirannya dan bagi mengaut segala hasil bumi Iraq. Motif perang adalah jelas, bukannya justifikasi untuk mempertahankan daripada diserang atau perlindungan antarabangsa, ianya adalah serangan dan rompakan, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Berdasarkan hal ini, menentang peperangan dan kewujudan askar yang menghimpunkan persenjataan mereka – yang tidak diketahui melainkan Allah – adalah penentangan yang diharuskan dari segi Syara’ samada secara pengusiran atau peperangan dengan seluruh wasilah yang ada. Barangsiapa yang dibunuh dalam perjuangan ini adalah syahid tanpa ragu. Berkenaan dakwaan bahawa penentangan ini boleh membawa kepada fitnah, sesungguhnya memerangi musuh dan penceroboh bukannya fitnah sama sekali, bahkan sebesar-besar fitnah ialah jika kita meninggalkan penentangan tadi, menyerah diri kepada mereka (musuh), mendiamkan diri dan membiarkan mereka berbuat apa saja. Penentangan terhadap penjajah mestilah dihindari daripada perbalahan dan perbunuhan antara kaum muslimin samada mereka itu berkelahi antara satu jamaah dengan jamaah yang lain atau antara satu jamaah dengan pemerintah. Penentangan itu hendaklah ditujukan kepada musuh yang menceroboh.

Dr. Arafat Al-Minawi, professor Syariah Islamiyyah – Palestin berkata :

Sebelum kita berkata dan bertanya tentang kewujudan Amerika di negara-negara Teluk samada dibenarkan oleh Syara’ atau tidak, kita mestilah bertanya dahulu : Kenapakah tentera-tentera Amerika ini datang ke negara-negara ini. Tentera-tentera yang datang dari luar sebenarnya mahu mencuri hasil bumi dan merompak harta dari satu negara kepada satu negara lain. Oleh yang demikian itu, mereka itu dianggap sebagai musuh, dan Allah S.W.T. menyuruh kita menjaga harta-benda kita, maruah kita dan umat kita. Maka, musuh-musuh Islam itu tergolong dalam ayat Allah :

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوْا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Jadi, menjadi kewajipan ke atas setiap muslim agar tidak mensia-siakan peluang melepaskan tembakan, kerana mereka itu datang untuk menyerang orang-orang Islam. Membunuh mereka ini adalah kewajipan ke atas setiap muslim. Adapun jika mereka datang ke negara Teluk sebagai tetamu atau pelancong atau duta, yakni tidak datang untuk perang, maka tidak boleh kita membunuh dan memerangi mereka.

Sesungguhnya motif tentera Amerika di Teluk adalah jelas. Barangsiapa yang terbunuh dalam penentangan terhadap mereka adalah dianggap mati syahid kerana Allah Taala berfirman :

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ المُؤْمِنِيْنَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَة

Orang-orang mukmin tidak akan melakukan pembunuhan kecuali kepada orang-orang (musuh) yang melakukan pencabulan (serangan). Oleh sebab itulah setiap ayat jihad menggesa kepada membunuh musuh, sebagaimana firman Allah yang ditujukan kepada para pemerintah :

يَا أَيُّهَا الَذِيْنَ آمَنُوْا إِنْ تُطِيْعُوْا الذِّيْنَ كَفَرُوْا يَرُدُّوْكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوْا خَاسِرِيْنَ

Tidak boleh minta pertolongan daripada musuh, sebab itulah setiap ayat yang kita baca menggesa supaya berjihad, Allah Taala berfirman :

جَاهِدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ حَقَّ جِهَادِه

 

Dr. Salim Salamat, professor Syariah – Palestin berkata :

Tentera-tentera musuh ini dari Barat membawa simbol kejahatan di atas pesawat-pesawat mereka, kereta kebal & peluru berpandu. Mereka datang untuk menjajah bumi kita & sumber harta kita. Maka jihad ke atas mereka menjadi fardhu ‘ain. Tidak boleh diterima daripada mana-mana kerajaan (walau apa pun alasannya) menerima kedatangan musuh bagi menjajah tanahairnya, menjadikan rakyatnya sebagai hamba dan menguasai sumber hasil negaranya. Telah jelas bahawa, mereka ingin memperhambakan kita dan mahu menjajah bumi kita untuk menguasai sumber asli kita, bukannya untuk membebaskan kita atau mengubah sistem pemerintahan kita sebagaimana yang mereka war-warkan. Adapun orang Islam yang membunuh mereka (tentera Amerika di tanahair muslim), lalu ia terkorban, maka ia mendapat mati syahid sebagaimana yang pernah disebutkan oleh nabi S.A.W. bahawa orang yang mati di tangan ahli Kitab diberi pahala syahid, iaitu syurga Firdaus (insya-Allah). Imam Al-Muttaqi Al-Hindi daripada Abd Khabir bin Qis bi Thabit bin Qis bin Syammas daripada bapanya daripada datuknya berkata : Telah datang kepada Nabi S.A.W. seorang wanita bertanyakan tentang anaknya yang telah terbunuh di jalan Allah, nabi S.A.W. berkata kepadanya : Anak kamu itu baginya pahala orang mati syahid, wanita itu bertanya : Kenapa ? Nabi S.A.W. bersabda : “Kerana dia telah dibunuh oleh ahli Kitab.” – diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Jihad, bab kelebihan memerangi Rom.

Fadhilah Dr. Syeikh Yusof Al-Qardhawi berkata :

Tidak syak lagi bahawa kewujudan tentera Amerika yang mencurigakan seumpama ini di tanah Arab/Muslim (yang tidak diterima oleh rakyat secara umumnya) pasti akan memberi kesan yang membimbangkan dan sudah pasti akan berlaku pergelutan dsb. Barangsiapa yang melaksanakan penentangan ini dengan niat yang baik, kita yakin bahawa dia (insya-Allah), jika terkorban, dia dianggap syahid di sisi Allah kerana dengan niatnya itu. Dia melihat bahawa inilah musuh yang telah masuk ke negara muslimin tanpa kehendak mereka, menjanjikan pemerintahnya (pemerintah negara muslimin) dengan kekuatan senjata, sedang si musuh ini menguasai/mentadbir dalam pentadbiran Islam, di negara-negara orang Islam, di pasar-pasar orang-orang Islam, dan perkara ini tidak diterima oleh mana-mana pihak. Si syahid ini sebenarnya insan yang mempunyai niat JIHAD & roh mempertahankan tanahair, meskipun kelakuannya itu dianggap salah oleh sebahagian manusia....akan tetapi ianya adalah syahid dengan niatnya itu insya-Allah.

Fatwa ini telah diajukan kepada sekumpulan fuqaha' dan pemikir Islam Mesir. Mereka ialah kaunselor Thoriq al-Basyarie, pemikir Islam Muhammad 'Imarah, Prof. Fahmi Huwaidi, Prof. Dr.  Ahmad Abu Al-Wafa, mereka semua sependapat dengan Fadhilah Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam satu seminar yang bertajuk : "Keberadaan Tentera Amerika di Rantau Ini Antara Hukum Fiqh dan Undang-Undang" (التواجد الأمريكي في المنطقة بين الفقه والقانون)

 

Sumber : Islam-Online

 
     

 

[Home]
.

 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (21 Mac 2003)