APAKAH HUKUM DALAM BAB WAKTU BERBUKA BAGI ORANG YANG BERMUSAFIR SEMASA DALAM PERJALANAN DI ATAS KAPALTERBANG?

Soalan telah dikemukakan kepada al-allamah Dr. Yusof Al-Qardhawi,

Assalamualaikum wm. Wbt.,

Apa pendapat tuan tentang penumpang2 kapal  terbang yang bermusafir yang berbuka mengikut pengumuman pilot kapal terbang bahawa sudah masuk waktu masuk waktu Maghrib bagi kawasan yang kapal terbang itu berada di atasnya, meskipun pada waktu itu (waktu pengumuman) matahari masih kelihatan. Dan masa ini (masa matahari kelihatan) kadang-kadang pendek dan kadang-kadang panjang waktunya khususnya jika kapalterbang itu menuju ke barat.

Sama juga tentang keadaan orang yang tinggal di tingkat bangunan yang tinggi dan juga mereka yang tinggal di tanah tinggi di pergunungan, atau mereka yang bekerja di menara yang tinggi yang mana pada waktu itu radio dan tv mengumumkan sudah masuk waktu maghrib, berkumandanglah suara azan daripada para muazzin, sedangkan pada masa yang sama mereka masih melihat matahari masih lagi sedang menuju ke arah tempat terbenamnya, adakah mereka boleh berbuka berdasarkan azan yang mereka dengar atau berdasarkan apa yang mereka lihat (yakni matahari)?.

Apa hukum berkaitan waktu imsak ketika fajar? Adakah sama juga dengan waktu-waktu solat yang lain daripada Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?

Kami berharap Yang Berbahagia Tuan  dapat memperjelaskan hukum syara' tentang masalah ini. Kami mendoakan tuan dipanjangkan umur, diperelokkan amalan dan diberi ilmu yang bermanfaat.

 

Jawaban:

Al-hamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulillah S.A.W.,

Puasa dalam Islam ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, persetubuhan dll dari masa terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari sebagaimana firman Allah Taala: 

ÝóÇáÂäó ÈóÇÔöÑõæåõäøó æóÇÈúÊóÛõæÇú ãóÇ ßóÊóÈó Çááøåõ áóßõãú æóßõáõæÇú æóÇÔúÑóÈõæÇú ÍóÊøóì íóÊóÈóíøóäó áóßõãõ ÇáúÎóíúØõ ÇáÃóÈúíóÖõ ãöäó ÇáúÎóíúØö ÇáÃóÓúæóÏö ãöäó ÇáúÝóÌúÑö Ëõãøó ÃóÊöãøõæÇú ÇáÕøöíóÇãó Åöáóì Çáøóáíúáö

 Ertinya: " Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);" Al-Baqarah:187

Sebagaimana yang dimaklumi, matahari tidak terbenam dalam waktu yang sama di seluruh dunia, dan juga tidak terbit dalam waktu yang sama di seluruh dunia, kerana bumi itu bulat dan berputar mengelilingi matahari. Jadi, ia jatuh (terbenam) di setiap negara pada waktu yang tertentu, mengikut apa yang dikenali sebagai longitud (  ÎØæØ ÇáØæá ) . Bahkan berbeza daripada setiap negeri dengan negeri yang lain dan bandar dengan bandar yang lain dalam negara yang sama.  Maka kita dapati (beza waktu terbenam matahari ) antara Kaherah dan Iskandariah di Mesir adalah 6 minit. Di Saudi, antara Riyadh dan Jeddah lebih kurang 20 minit etc.

Oleh sebab itulah kita dapati media massa  (radio dan tv) memberi peringatan penting selepas azan iaitu azan tersebut adalah bagi kawasan Kaherah atau Doha atau Riyadh, etc, maka bagi yang tinggal di luarnya hendaklah berdasarkan kawasan masing-masing.

Perbezaan waktu solat daripada segi terbenamnya  dan terbitnya matahari sudah terang dan jelas dari sudut horizontal. Akan tetapi, yang masih kabur bagi kebanyakan orang adalah yang berkaitan bentangan vertikal iaitu yang berkaitan dengan tingginya dan rendahnya satu-satu tempat.

Saya pernah memerhatikan, saya tinggal di tingkat 14 di Pantai Kurnish di bandar Iskandariah, azan maghrib berkumandang daripada masjid bersebelahan kami, sedang kami masih lagi melihat separuh bulatan matahari yang masih belum lagi jatuh. Bagaimana dengan orang yang tinggal di tingkat 30 atau 40 atau yang lebih tinggi daripadanya?

Oleh itu, saya berkata kepada orang di sekeliling saya: Media massa hendaklah menambah dalam pengumuman waktu solat bagi kawasan tertentu itu. Selain waktu azan itu untuk tempat itu sahaja, adapun tempat lain mestilah ikut waktu lain, hendaklah ditambah juga  bahawa orang-orang yang tinggal di tempat tinggi juga perlu ikut waktu solat mereka, tak sama dengan yang tinggal di bawah (tempat rendah).

Sama dengan mereka ialah mereka yang tinggal di pergunungan.

Saya dapati para fuqaha sudah menfatwakan masalah ini secara jelas. Al-Allamah Ibnu Abidin Al-Hanafi dalam 'Hasyiah'nya yang masyhur daripada pemunya " ÇáÝíÖ " berkata: "Barangsiapa yang tinggal di tempat tinggi seperti menara Iskandariah, tidak boleh berbuka ia selagi matahari belum jatuh pada pandangan matanya, bagi penduduk di situ, ia boleh berbuka jika matahari telah jatuh pada pandangan mereka sebelumnya (iaitu matahari terlebih dahulu jatuh pada pandangan ahli negeri itu sebelum ia kelihatan jatuh pada pandangan orang yang tinggal di tempat tinggi). Keadaan ini sama juga ketika matahari naik bagi menentukan pengakhiran solat Subuh dan sahur. (lihat Hasyiah Ibnu Abidin, ulasan Dr. Husam Ad-deen Farfur, 6/343 )

Dr. Yusof Al-Qardhawi

Maka tidak syak lagi bahawa orang yang menaiki kapal terbang, berlegar-legar di angkasa berbatu-batu jauhnya dari bumi, hendaklah dipakai hukum ini ke atas mereka. Keadaan mereka adalah sama dengan keadaan orang yang tinggal di bukit-bukit yang tinggi atau bangunan tinggi. Bagi mereka waktu fajar yang khusus untuk mereka, waktu terbit matahari dan waktu terbenam matahari yang khas bagi mereka. Apabila telah nampak fajar di ufuk dan jelas tanda-tandanya bagi mereka, maka hendaklah mereka mula berpuasa dan bermulanya waktu solat Subuh bagi mereka. Tidak sah solat Subuhnya sebelum itu (sebelum fajar) dan begitu juga tidak boleh makan dan minum selepasnya.

Sama keadaan itu dengan waktu jatuh matahari. Tidak boleh penumpang itu sembahyang Maghrib berdasarkan waktu tempatan negeri yang dilalui atasnya, juga tidak boleh berbuka mengikut waktu tersebut. Bagaimana boleh mereka makan dan minum sedangkan mereka masih boleh nampak matahari dengan mata mereka.!!

 

Jadi, kesalahan yang paling banyak berlaku di kalangan pilot kapal terbang di kebanyakan negara Arab ialah: Pilot (Kapten) mengumumkan masuknya waktu Maghrib dan membenarkan penumpangnya berbuka puasa serta solat Maghrib, berdasarkan fatwa yang didengari daripada sesetengah syeikh (ulama). Ini adalah KESALAHAN yang perlu diperbetulkan dan perlu diberi perhatian. Secara yaqin, Maghrib orang dalam kapal terbang tak sama dengan Maghrib orang yang di atas bumi. Kita telah terangkan asal masalah ini, iaitu waktu solat, sebagaimana ia berbeza daripada segi bentangan horizontal, ia juga berbeza daripada segi vertikal.

 

Walhamdulillahi rabbil-alamin.

 

Diterjemah oleh Mazuki Izani Ismail dari sumber asal laman Qaradawi.net

Sumber: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4067&version=1&template_id=130&parent_id=17

Disclaimer: Jika terdapat sebarang kesalahan terjemah, harap bantu saya betulkan.

 

 
 

Laman utama