MAKANAN YANG MENGANDUNGI ALKOHOL

S : Terdapat makanan-makanan seperti aiskrim, kek dan sebagainya yang mengandungi alkohol yang amat sedikit. Adakah makanan-makanan tersebut halal?

Makanan dan minuman, jika mengandungi alkohol yang berasal daripada arak atau khamar walaupun sedikit (sekira-kira tidak memabukkan apabila dimakan atau diminum), adalah tidak halal mengikut hukum Islam. Tetapi jika tidak mengandungi bahan yang berasal daripada arak, maka ia halal dimakan.

Arak yang dimaksudkan di sini ialah bahan yang terjadi dari anggur dan yang seumpamanya, seperti korma, kismis dan lain-lain, yang diperam supaya menjadi minuman keras. Adapun yang lain dari bahan yang disebutkan itu seperti bahan-bahan kimia tidaklah termasuk dalam ertikata arak khamar, walaupun dinamakan alkohol.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa makanan-makanan seperti aiskrim, kek dan sebagainya yang bercampur dengan alkohol seperti yang ditanya, jika alkoholnya dari jenis yang pertama maka haramlah dimakan. Sekiranya dari jenis alkohol yang kedua pula, maka makanan tersebut adalah halal jika idak memabukkan, memandangkan fungsi alkoholnya hanyalah sebagai bahan pengawet, pelarut dan sebagainya yang bukan bertujuan untuk memabukkan.

 

 

[ Home ]