PADERI KRISTIAN SELURUH  SABAH MEMELUK  ISLAM

[Artikel ini sudah lama diterbitkan oleh majalah Muslimah - untuk renungan bersama]

  Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan  gejala murtad terus bergolak agak elok perwakilan UMNO merenung kembali  temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin  Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar  Gereja-Gereja  Seluruh Sabah. BEKAS Paderi Besar Sabah,  TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di  antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup  mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau  itu adalah iktibar  buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.
 Kristian menurut kitab  Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka  jawapan akhir yang  akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai  orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya  memeluk agama Islam.
 Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini,  kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya  bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di  seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai seorang Kristian dan menghabiskan  sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau  yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di  Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang  dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling  berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai  Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok  belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah  memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan  hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian  Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD.  RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI  WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim  (Negeri), Air Keroh, Melaka,  baru-baru ini.
 
.


.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas  Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya  ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian  Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia  dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada  tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya  saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu  Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat  sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja  Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota  Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama  Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan  harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang  terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik-beradik tetapi kesemuanya  perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian  mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya  tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak  pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya  dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya  aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak  buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir  apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang  saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak  Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi  diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa  manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa  bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang  diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan  tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian  mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa  orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan  seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada  tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di  sana selama tiga tahun. 

Dialog Dengan Pope John Paul

Di sana saya telah berjumpa dengan ketua  paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah  berdialog dengannya dan bertanya akan perkara  yang  memusykilkan saya  sepanjang saya menjadi paderi. 

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya  sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan  bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan  dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat  dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para  Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi  Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang  yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya  merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung,  "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai  dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu  ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka  kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."


Di  situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu  Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya  kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa  Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa?  (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa  matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk  menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."


Jadi saya katakan  padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ  sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu-bapa dan adik-beradik, apabila ibu-bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya
ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana  saya seorang anak  boleh mengampunkan dosa ibu-bapa. Sepatutnya  seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

7 Rukun Kristian 


Selepas  perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

  Di  dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi  Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di  hadapan paderi

iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan  (Khusti kudus)

iv) Ekaristi Minyak Suci - air  suci

v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak  menerima Krisma

vi) Kristi Imaman - menjadi  paderi

vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam  (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Air Suci (Holy Water)


Dalam Kristian air  suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani  Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses  uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah  yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya  ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor
perempuan Melayu  di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap,
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian.  Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya  Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila  saya
tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau  belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum  air tersebut.


Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati  dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping  memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah  lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah  permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya  ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama  kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya  katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi  apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya  mempelajari Islam
barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai  bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini  sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang  pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia  ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati  dengan setiap apa yang meragukan.

Ekaristi Maha Kudus


Rukun yang kedua pula  iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah  berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan  Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula  kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan  kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan  yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh  tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun  Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. 

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru  dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang  membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana  ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk-moyang mereka.
Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang  baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). 

Sebenarnya agama  Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama  Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang  pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama  Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia  dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di
dalam kitab Nabi Isa  (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak  Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun  '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi  Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam  kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad  s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantikan, oleh kerana  saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi  tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang  terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut  mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di  sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan  kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang  saya membuka almari
tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya.  Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.  Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi  kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil  kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis  di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan  saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia  menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan  orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia  akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut  rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama  dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara  mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap  paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas  kitab yang dibalut  dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi  yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya  apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak  pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab  tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh  berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya  iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah  hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa  tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa  gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak  beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas  al-Quran tetapi kufur selepas itu. 

Hidayah

Menyingkap saat saya didatangkan  hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St.  Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya  bersembahyang dengan cara Kristian di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu.  Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu  saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya  menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai  sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata,  alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat  tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?


Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam  ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini  yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana  mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk  yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh  terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya  mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin  Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya  merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain  sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana  di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya  bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya  MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di
antara kaki dan kepala umpama langit  dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?" Beliau  berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri  umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk  masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat  di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai  rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana  tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang  berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan  saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi,  "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan  mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)." 

Alangkah terkejutnya  saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke  dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya  Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh  dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan  badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya  tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi  ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka  sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai  menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang  bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk  Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya,  "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami  hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."  Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang  ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini  saya mahu peluk Islam."

Peluk Islam


Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak  boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan  surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak  kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk  Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini  terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi  borang ke? Baiklah,  jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan  tiba-tiba saya dilanggar
kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya  dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh  saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai Islam.

Dengan Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui  kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara  pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.  Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa, kalau  tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti  saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil  semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau  belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus  sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun  tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa  saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di  Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa.  Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini  adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Diperangi Keluarga


Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung  kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan  menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang  Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak  mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak  ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi  mengambil parang panjang dan cuba  menyerang saya. Saya yang kebetulan  duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya  melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu  memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu-bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang  anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku  anak.

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi  keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan  saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke  Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan  pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri  sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua  sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama  kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke  hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke  majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin  menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak  prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya  memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam.  Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya  dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana  sekalipun. Kini saya bahagia setelah
mendirikan rumah tangga bersama  isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia
49 tahun, saya baru  mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak  menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya  perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara  yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat  nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang  di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang  Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika  yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad  ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi  dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan  bulanan.

Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor,  suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan,  dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap.  Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya  sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor  sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"  Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin  murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat  sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi  sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara
pelaksanaannya yang agak  longgar.

Kesatuan gereja


Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah  mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya  masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu  wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari  segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam  mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk  penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian.  Gereja di sana setiap
hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad  diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai  pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab  itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya  mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia  terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.


Begitulah kuatnya kerjasama di  antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah
untuk orang Barat yang  sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih  penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan  saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing  mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri.  Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan  dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun  bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu
untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji  untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada  saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya  telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah  Islam


Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah  kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang  pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah  sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah  dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang  pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau  pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi  tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. 

Dia mengatakan pada  saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian  walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah  ayatnya yang bermaksud;  "Tidak akan masuk syurga melainkan  orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah  Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami  mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa  yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul  apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan
seperti apa yang  awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika  awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti  Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar  al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan  terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca  al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu  tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan
orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah  merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah,  kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.  Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan  kosong itu?" Saya katakan,"Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah  memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh  berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan  kepadanya, "Kamu tidak boleh marah.  Kalau kamu marah, siapakah yang akan  mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan  di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan  bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan  rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran  Kristian?


Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam  yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja  yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak  mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari  Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang  tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan  senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN,  beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama  tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang  negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang  pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun  ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?


Ada  seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai  tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila  mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada  salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda  yang ada di dalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya  yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai  salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa  mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai  rantai yang lebih besar daripadanya.


Akhirnya saya megambil rantai  tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan  dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja  kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah  dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan  perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam.  Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian  akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.  Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang  berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun  kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada  kamu.'

Oleh JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI,
turut hadir  SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS
dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD.  SALLEH

Sumber : Mailing List



 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (1 April 2001)

 

.

[ Home ]