![]() ![]() |
Kata-kata
Aluan
Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik)
Assalamualaikum
Terlebih
dahulu dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan
merakamkan sepatah dua kata untuk mendoakan kejayaan persidangan akademik ini.
Alaf
baru 2000 semakin hampir ke penghujung tahunnya yang pertama.
Di alaf baru ini juga kerap diperkatakan mengenai cabaran dan rintangan
berupa persaingan, perkongsian bijak dan kesepakatan strategik (strategic
alliance). UiTM juga tidak
terpinggir dari persoalan ini, malah akan sentiasa mengambil sikap proaktif
sesuai dengan misinya sebagai institusi pendidikan Bumiputra yang unggul di
negara. Dalam menangani cabaran
pendidikan, kerjasama semua pihak terutama dari kalangan tenaga akademik amat
besar maknanya untuk membolehkan UiTM mencorakkan program pendidikannya yang
sentiasa sesuai dengan kehendak negara dan kehendak rakyat. Malah universiti ini
sentiasa terbuka dengan pandangan dan teguran demi memberikan peluang seluas dan
sebanyak mungkin kepada mereka yang ingin memajukan institusi ini.
Reputasi UiTM semakin terserlah dengan adanya kesedaran di kalangan warga
akademik untuk bersama-sama menangani cabaran-cabaran yang akan mendatang.
Akhir
kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan pihak penganjur
mengadakan satu persidangan besar yang membincang dan membengkelkan
kertas-kertas kerja yang meliputi beberapa topik perbincangan. Semoga
konferensi ini mencapai matlamat dan hasrat murninya untuk menjalinkan kerjasama
di kalangan tenaga akademik di kampus ini demi memajukan pendidikan di Sabah.
Selamat maju jaya.
Wassalam.
![]() |
Hakcipta © mibi2000 |