|
Memulakan Composer
1. Buka Netscape Communicator, klik ikon Netscape Composer di sudut bawah sebelah kiri
tingkap (window) Netscape atau pergi ke menu Communicator ®
Composer atau tekan Ctrl+4.

2. Satu window Composer tanpa nama seperti di atas akan keluar.
3. Di sini anda boleh menulis laman web anda
Menulis Laman Web Di Composer
1. Tulis SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SAYA
2. Letakkannya di tengah-tengah halaman : Highlightkan dan ambil menu Format ® Align ® Center atau klik ikon
Align di Formatting Toolbar.
3. Tukarkan fontnya kepada Arial : Highlightkan dan ambil menu Format ® Font ® Arial atau pilih bentuk
huruf Arial di Formatting Toolbar.
4. Tebalkan huruf tersebut : Highlightkan dan ambil menu Format ® Style ® Bold atau klik ikon Bold
di Formatting Toolbar.
5. Warnakannya dengan warna merah : Highlightkan dan ambil menu Format ® Color atau klik drop-down menu warna di Formatting
Toolbar.
6. Besarkan saiznya kepada 14 : Highlightkan dan ambil menu Format ® Size ® 14 atau klik di Formatting
Toolbar.
7. Tukarkan latar-belakangnya kepada warna hijau : Ambil menu Format ® Page Colors and Properties , klik pada tab Colors and
Background dan pilih warna hijau.
8. Simpan dokumen anda dengan nama yang sesuai, sebagai contoh main dengan
tajuk Laman Web Mazuki Izani : File ® Save.
Memasukkan Link
1. Ada 3 bentuk link
a. Link ke fail lain dalam local hard-disk
b. Link ke halaman lain di www (world wide web)
c. Link e-mail
a. Link ke fail lain dalam local hard-disk
Tulis perkataan biodata
(misalnya).
Highlightkannya
Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.
Satu kotak dialog seperti di
bawah akan keluar.

Link Text memaparkan
perkataan Biodata, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.
Link To ialah pautan
ke halaman lain di www dan fail tertentu dalam local hard-disk anda.
Klik Choose File (kerana
page yang akan dilinkkan itu berada dalam local hard-disk.
Carilah satu fail tertentu
dalam folder tertentu untuk dilinkkan, sebagai contoh, fail yang bernama biodata
(yang sudah dibuat sebelum ini).
Ruang kosong itu akan diisi
dengan nama biodata.html (dengan sambungan html)
Klik
OK
Perkataan Biodata tadi
akan bergaris menandakannya sudah berlink.
Save page anda.
Untuk mengujinya, sila browse
page anda (File ® Browse Page)
Dalam Navigator window, klik
pada perkataan Biodata tadi dan anda akan di bawa ke halaman Biodata. Jika ini berlaku,
bermakna anda telah berjaya mencipta link dalam local hard-disk.
b. Link ke halaman lain di www (world wide web)
Tulis perkataan Utusan
Malaysia (misalnya).
Highlightkannya
Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.
Satu kotak dialog seperti di
bawah akan keluar.

Link Text memaparkan
perkataan Utusan Malaysia, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.
Link To ialah pautan
ke halaman lain di www dan fail tertentu dalam local hard-disk anda.
Pada ruang kosong yang
disediakan, taip URL Utusan Malaysia iaitu http://www.utusan.com.my
Klik
OK
Perkataan Utusan Malaysia
tadi akan bergaris menandakannya sudah berlink.
Save page anda.
Untuk mengujinya, sila browse
page anda (File ® Browse Page)
Dalam Navigator window, klik
pada perkataan Utusan Malaysia tadi dan anda akan di bawa ke laman rasmi akhbar Utusan
Malaysia (anda perlu on-line tika ini). Jika ini berlaku, bermakna anda telah berjaya
mencipta link ke www.
c. Link e-mail
Tulis perkataan E-Mail
Saya (misalnya).
Highlightkannya
Ambil menu Insert ® Link atau klik ikon Link di Composer Toolbar.
Satu kotak dialog seperti di
bawah akan keluar.

Link Text memaparkan
perkataan E-Mail Saya, iaitu perkataan yang dihighlight sebelumnya.
Pada ruang Link To A Page
Location Or Local File, taip arahan ini , mailto:(e-mail anda). Contohnya
mailto:mibi73@hotmail.com
Klik
OK
Perkataan E-Mail Saya
tadi akan bergaris menandakannya sudah berlink.
Save page anda.
Untuk mengujinya, sila browse
page anda (File ® Browse Page)
Dalam Navigator window, klik
pada perkataan E-Mail Saya tadi, satu e-mail client akan keluar iaitu Composition
yang lengkap dengan alamat e-mail penerima. Jika ini berlaku, bermakna anda telah berjaya
mencipta link atau pautan e-mail.
Memasukkan Imej
1. Ambil menu Insert ® Image atau klik ikon Image di
Composition Toolbar.

2. Pilih imej yang dikehendaki; sekiranya imej tersebut berada di www, masukkan URLnya
pada ruang Image Location Enter a remote URL or local file. Jika imej
tersebut berada di dalam local hard-disk, klik butang Choose File
. dan cari
di folder mana imej tersebut berada.
3. Klik OK.
Memasukkan Garis Lintang
4. Ambil menu Insert ® Horizontal Line atau klik
ikon Horizontal Line di Composition Toolbar.
5. Highlight garisan tersebut, right-click dan pilih Horizontal Line
Properties pada pop-up menu.
6. Di sana anda boleh ubahsuai panjangnya, ketebalan, alignment, 3-D
Shading dsb.
Memasukkan Target
1. Mula-mula tulis dua perkataan yang sama di 2 tempat yang berlainan; satu di bahagian
atas laman dan satu lagi di bahagian bawah laman.
2. Contohnya perkaatan Saya.
3. Highlightkan perkataan Saya yang kedua, iaitu yang terletak di
bahagian bawah laman.
4. Ambil menu Insert ® Target atau klik ikon Target
di toolbar.
5. Isikan nama target tersebut .
6. Satu simbol Target seperti dalam rajah akan keluar. Walau bagaimanapun, simbol ini
tidak akan kelihatan di internet.

7. Kemudian, highlightkan pula perkataan Saya yang pertama, iaitu
yang terletak di bahagian atas laman.
8. Ambil menu Insert ® Link
9. Dalam kotak dialog yang keluar (seperti rajah di bawah), pilih nama target yang
anda telah buat sebelum ini, iaitu saya.

10. Apabila anda mengklik perkataan Saya di Select a named target in
current page (optional), #Saya akan ditulis secara automatik di
ruang Link to a page location or local file: Tanda # sebenarnya
adalah simbol bagi Target.
11.Klik OK
11. Save dan browse page anda
12. Dengan mengklik perkataan Saya yang pertama, ia akan membawa anda
kepada perkataan Saya yang kedua.
13. Penggunaan Target adalah amat penting jika sesuatu laman itu mempunyai kandungan
yang panjang yang mana penulis boleh meletakkan index atau menu ringkas tentang kandungan
sesuatu laman di bahagian atas laman supaya mudah dilihat oleh surfer.
Memasukkan Table (Jadual)
1. Ambil menu Insert ® Table atau klik ikon Table di
toolbar.
2. Dalam kotak dialog New Table Properties, anda boleh ubahsuai reka-bentuk
jadual tersebut mengikut kesukaan anda, umpamanya bilangan row dan column,
kedudukannya samada di kiri, tengah atau kanan window, ketebalan border,
warna atau imej latar-belakang dan sebagainya seperti rajah di bawah.

3. Kemudian klik OK.
4. Untuk perhatian : Table memainkan peranan penting dalam pembinaan laman
web terutama dalam menyusun-atur kedudukan teks dan imej supaya menjadi lebih kemas.
Upload / Publish Bahan
1. Ambil menu File ® Publish
,
2. Kotak dialog seperti di bawah akan keluar.

3. Isikan ruang kosong yang disediakan.
4. Antara ruang yang mesti diisi ialah :
o Page Title : Tajuk
laman anda (sudah diisi secara automatik oleh Composer)
o HTML Filename : nama
laman anda dalam bentuk fail .html (Juga sudah diisi secara automatik oleh Composer)
o HTTP or FTP Location to
publish to : iaitu host/server anda berdaftar (sebagai contoh di sini ialah
nbci.com)
o Username : Username
anda semasa berdaftar dengan nbci.com
o Password :
Password/kata laluan yang anda pilih semasa berdaftar dengan nbci.com
5. Bila sudah diisi dengan sempurna dan tepat, sambungkan komputer anda ke internet dan
klik OK.
6. Fail anda akan ditransfer/dipos/dihantar ke
nbci.com
7. Apabila proses publishing selesai, anda boleh periksa laman web anda di
internet.
8. Lancarkan internet browser (samada Netscape atau IE ), taip URL
http://members.nbci.com/username anda.
9. Jika terdapat di sana terdapat laman yang anda telah hantar sebentar tadi, bermakna
anda telah berjaya melancarkan homepage atau laman web anda. SELAMAT MENCUBA.
Disediakan oleh:
Mazuki Izani Ismail
UiTM Kampus Kota Kinabalu
4 Mei 2000
|
|