Dr. Yusof Al-Qardhawi telah
menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diatur oleh Bank Islam Antarabangsa,
di Doha (Qatar) yang dihadiri oleh sebilangan ulama dan ahli-ahli lembaga
pengarah, staff-staff dan individu-individu lain. Qardhawi memulakan ucapannya
dengan menegaskan bahawa faedah bank adalah HARAM. Beliau berkata, apa yang anda
dengar tentang ucapan faedah bank itu, kami telah menjawabnya sebelum daripada
ini dan pendapat Dr. Sayed Tantawi (yang mengatakan bahawa faedah bank adalah
halal) adalah ganjil sekali, fatwanya disokong oleh Majma' Buhuts Islamiyyah
(Al-Azhar, Mesir) dengan menyedari bahwa majma' ini jugalah yang pertama
sekali mengeluarkan ketetapan secara terang-terangan bahawa faedah bank
adalah haram iaitu ketetapan yang dikeluarkan pada tahun 1965 M yang
diketuai oleh Syeikh Hasan Ma'mun (Syeikhul-Azhar ketika itu) dan disokong oleh
syeikh-syeikh besar yang lain seumpama Ali Al-Khafif, Farg As-Sanhuri, Mohamed
Abu Zahrah dan ulama-ulama besar yang lain.
Hal ini tidak berhenti di situ
sahaja, Majami' Fiqhiyyah Islamiyyah (Akademi-akademi Fiqh Islam) yang
lahir selepas itu seperti Majma Fiqhi bagi Rabitah 'Alam Islami,
Majma' Fiqhi Dauli (yang lahir daripada Mu'tamar Islami) dan
lain-lain mu'tamar yang mewakili umat Islam semuanya bersepakat dengan
tegas mengatakan bahawa faedah bank adalah AR-RIBA
AL-MUHARRAM (Riba yang diharamkan).
Qardhawi menegaskan
bahawa beliau akan terus menangkis/menjawab terhadap kempen ini dan terhadap
ulama-ulama Al-Azhar berhubung hal ini, dengan menjelaskan bahawa Majma'
Buhuts Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam - Al-Azhar, Mesir) kini sudah
ketandusan ulama-ulama besar dan majma' ini sudah didominasi oleh
professor-professor sejarah dan pendidikan, ahli-ahli fiqh sudah tiada,
sekalipun ahli-ahli fiqh ini masih menjadi anggota dalam majma' itu,
mereka tidak menghadirkan diri pada persidangan terakhir baru-baru ini.
Qardhawi menyeru
bank-bank Islam supaya memperbaiki perjalanannya dan keluar daripada lokap
keuntungan serta melebarkan peranannya bagi memperjelaskan lagi pandangan Islam
dalam pengurusan wang/harta. Beliau menegaskan lagi bahawa faedah yang
ditentukan terlebih dahulu kadar pulangannya adalah riba yang diharamkan kerana
riba adalah pertambahan bukan syar'ie ke atas modal.
Sumber : Akhbar
Al-Watan, Qatar.
Dipetik & diterjemah dari
Laman Qaradawi.Net
Artikel berkaitan
1-
Al-Azhar (di bawah pimpinan Sayed
Tantawi) keluarkan fatwa menghalalkan faedah bank (17 November 2002)
2-
Khutbah
Jumaat 20/12/2002 Syeikh Mohamed Said Ramadhan Al-Bouti mengecam fatwa
penghalalan faedah bank oleh Syeikh Al-Azhar |