HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

Mukaddimah

Islam adalah agama yang didasarkan pada semua ibadah kepada Allah sahaja, penyingkiran syirk, permusuhan dan pemutusan hubungan dengan orang-orang musyrik. Dengan dasar pijakan seperti itu maka ummat Islam tidak dibiarkan begitu sahaja oleh orang-orang musyrik. Ummat Islam tidak bebas menjalankan agamanya, sebagaimana sudah diterangkan oleh Allah

"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka mengembalikan kamu dari agamamu sekiranya mereka sanggup." (QS Al-Baqarah 217)

Allah mengkhabarkan tentang Ashhabul-kahfi :

"Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya." (QS Al-Kahfi 20)

Allah juga mengkhabarkan bahawa sikap seperti itu muncul dari semua orang-orang kafir :

"Orang-orang kafir itu berkata kepada rasul-rasul mereka : "Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami". Maka Allah mewahyukan kepada mereka : "Kami pasti akan membinasakan orang-orang zalim itu." (QS Ibrahim 13)

Dan Waraqah bin Naufal pun pernah mengatakan kepada Nabi saw, "Sekiranya aku masih muda dan masih hidup sewaktu engkau diusir oleh kaum engkau." Beliau berkata, "Apakah mereka akan mengusir saya?" Waraqah menjawab, "Ya. Tiap-tiap orang yang datang membawa seperti yang engkau bawa itu ia mesti dimusuhi orang ; dan jika saya dapati masa engkau, saya akan menolong engkau dengan pertolongan yang sekuat-kuatnya."

Dan kenyataannya benar-benar terjadi, mereka menolak da'wah Nabi saw hingga beliau mengalihkan da'wahnya ke Taif dan juga mereka mengusir Nabi saw dari Makkah hingga berhijrah ke Madinah setelah sekelompok sahabatnya berhijrah ke Habasyah dua kali. Berdasarkan keterangan di atas kita dapat mengetahui bahawa pelaksanaan ajaran Islam yang sesungguhnya, akhirnya mengakibatkan adanya tekanan bahkan pengusiran dari pihak yang anti Islam. Oleh kerana sikap mereka demikian maka kaum muslimin yang pada masa itu kedudukannya masih belum kokoh, maka mereka mesti hijrah untuk menyelamatkan diennya. Hijrah adalah sangat agung dan merupakan perkara yang besar kerana merupakan cabang dari al-wala' dan al-bara'. Bahkan ia merupakan taklif al-wala' dan al-bara' yang paling nyata. . Siapakah yang mahu meninggalkan negeri dan kaumnya, bergelut dengan kesukaran di tempat asing dan keletihan dalam perjalanan menuju cita-cita .Siapakah yang bersedia untuk lari dari suatu fitnah menuju fitnah yang lain kalau bukan kerana taklif Rabbani bagi orang yang tak berdaya untuk menegakkan addien dan menzahirkan Islam di daerahnya. Hijrah termasuk perkara yang amat berat bagi manusia. Sebab sesuatu yang paling dicintai manusia adalah kampung halaman dan keluarga. Kerana itu meninggalkan keluarga serta kampung halaman termasuk perkara yang memedihkan hati. Oleh itu Allah swt telah mensejajarkan "keluar dari kampung halaman" dengan "kematian" .

"Dan sekiranya kalau Kami perintahkan kepada mereka : "Bunuhlah dirimu atau keluarlah dari kampung halamanmu", niscaya mereka tidak akan melaksanakannya, kecuali sedikit." (QS An-Nisa 66 )

"Meninggalkan kampung halaman" adalah seperti saudara kandung "kematian." Menginggalkan kampung halaman adalah sungguh berat bagi hati manusia, termasuk bagi manusia-manusia pilihan seperti Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya. Ketika Rasulullah saw akan meninggalkan bandar Mekkah, beliau melantunkan kata-katanya : "Demi Allah, ya Makkah sesungguhnya engkau adalah bumi yang paling dicintai Allah, dan bumi yang paling aku cintai. Sekiranya bukan kerana penduduknya mengusirku, niscaya aku tidak akan pergi meninggalkanmu." (Sahih Jamiis Saghir no. 7089)

Ketika Bilal bin Rabah ra terkena sakit demam malaria di tempat hijrah, iaitu Madinah, beliau melantunkan sebuah sya'ir :

Amboi, mungkinkah aku dapat bermalam sehari sahaja.Di lembah dan di sekitarku ada Idzkhir dan Jalil.Adakah suatu hari nanti aku dapat mengambil airnya yang memabukkan Dan apakah aku akan melihat lagi Syaamah dan Tufail. (Dr. Abdullah Azzam, Fil Hijrah wal I'dad, hal. )

Abdullah bin Ummi Maktum saw selalu mengungkapkan kecintaan kepada kampung halamannya :

Alangkah indahnya lembah Mekkah
Negeri tempat keluarga dan handai taulanku berada
Negeri tempat tonggakku tepancang kukuh
Negeri tempat aku berjalan tak perlu penunjuk jalan.
(Mahmood Ahmad Ghazi, The hijrah, hal. 9)

Betapa beratnya berpisah dengan kampung halaman, tetapi betapa tingginya kedudukan hijrah, sehingga bagaimana beratnya meninggalkan kampung halaman tidak menjadi penghalang bagi kaum mukminin untuk melaksanakan hijrah.

Sayyidah Aisyah ra pernah berkata :Sekiranya tidak ada hijrah niscaya aku tinggal di Mekkah. Sungguh aku tak melihat langit yang lebih dekat ke bumi selain di Mekkah. Dan hatiku sama sekali tidak merasa tenteram di negeri lain sebagaimana aku merasa tenteram di Mekkah. Dan di tempat lain aku tak dapat melihat bulan yang lebih indahselain Mekkah. (Mahmood Ahmad Ghazi, The Hijrah, hal. 9)

Allah telah menjanjikan kebaikan dunia dan akhirat bagi hamba-hamba-Nya yang Mukmin dan berhijrah. "Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dizalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Rabb sahaja mereka bertawakkal." (QS An-Nahl 41-42)

I. Pengertian Hijrah

1. Secara Bahasa :

a. Artinya : menjauhi, meninggalkan, merenggangkan.
b. Artinya : meninggalkan tanah air.

Penggunaan dalam Al-Qur'an :
"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (QS Al-Muddaththir 4)
"Jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan kurajam, dan tinggallkanlah aku buat waktu yang lama." (QS Maryam 46)
"dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (QS Al-Muzzammil 10)
"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka, mereka mencintai orang yang berhijrah
kepada mereka ...." (QS Al-Hasyr 9)

2. Menurut Istilah syariat :
"Perpindahan dari negeri yang kufur dan syirik ke negeri Islam."(Fathul Bari 1/16)

II. Masyruiyyatul Hijrah

Firman Allah :"Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka beriabdahlah kepada-Ku (sahaja)". (QS Al-Ankabut 56)

Ibnu Kathir mengatakan :
Ini adalah perintah Allah kepada hamba-Nya yang beriman untuk berhijrah dari negeri yang mereka tidak dapat menegakkan Ad-Dien di negeri tersebut menuju bumi Allah yang luas yang di tempat itu memungkinkan untuk menegakkan Ad-Dien, mentauhidkan Allah dan beribadah kepada-Nya sebagaimana yang telah diperintahkan-Nya. Oleh kerana itu Allah berfirman : (artinya : "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka beribadahlah kepada-Ku (sahaja) ). Imam Ahmad berkata : "Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abdi Rabbihi, telah menceritakan kepada kami Baqiyyah bin Walid, telah menceritakan kepadaku Jubair bin Amr Al-Qarsy, telah menceritakan kepadaku Abu Sa'ad al-Ansari dari Abi Bahamuli Zubair bin Awwam, ia berkata : Rasulullah saw bersabda : (Negeri itu adalah negeri Allah, dan hamba itu adalah hamba Allah, maka di mana sahaja aku mendapat kebaikan, maka di situlah aku tinggal). Dan oleh sebab inilah orang-orang yang tertindas di Mekah ketika kedudukan mereka telah sempit, mereka pergi berhijrah ke negeri Habsyah agar mereka dapat menyelamatkan Dien mereka di sana.... (Tafsir Ibnu Kathir 3/462)

Sabda Nabi saw : Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Yahya bin Zakaria dengan lima kalimat dan aku perintahkan kepadamu dengan lima perkara yang telah Allah perintahkan kepadaku iaitu : Jama'ah, Mendengar, Taat, Hijrah dan Jihad fi sabilillah."

III. Hijrah yang Dilaksanakan oleh Generasi Islam yang Pertama.

1. Hijrah Kaum Muslimin ke Habasyah yang Pertama dan Kedua.
2. Hijrah Kaum Muslimin ke Yathrib/Madinah.
3. Hijrah Rasulullah saw ke Yathrib/Madinah.
4. Hijrah Kaum Muslimat Makkah yang suaminya masih kafir ke Madinah.
5. Hijrah Abu Basyir dan kaum muslimin lainnya ke Al-Ish

IV. Macam-Macam Hijrah.

Hijrah di dalam Islam memiliki pengertian yang syamil, tidak hanya terbatas pada perpindahan dari darul-kufri ke darul-Islam, tetapi hijrah ada dua macam iaitu : Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya dan hijrah dengan badan dari satu negeri ke negeri yang lain. (lihat Ar-Risalah at-Tabukiyah - Ibnul Qoyyim ms. 14-18)

A. Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya :

Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya ini merupakan hijrah yang hakiki atau ia adalah merupakan hakikatnya hijrah. Sebab jenis-jenis hijrah yang lainnya merupakan manifestasi daripadanya sesuai dengan tuntutannya. Dan jenis hijrah yang lainnya sama sekali tidak mempunyai nilai di dalam Islam sekiranya tanpa disertai hakikat ini. Hijrah ini mengandungi pengertian "ãä" dan "Çáì", lalu ia berhijrah dengan hatinya dari kecintaan kepada selain Allah menuju kecintaan kepada Allah, dari pengabdian kepada selain Allah menuju pengabdian kepada Allah, dari takut, harap dan tawakkah kepada selain Allah menuju takut, harap dan tawakkal kepada Allah, dari berdoa, memohon, dan tunduk kepada selain Allah menuju berdoa, memohon dan tunduk kepada Allah. Inilah dia makna "Al-firar" (lari) kepada Allah sebagaimana firman-Nya : "Maka segeralah kembali kepada Allah ...(QS Adz-Dzariat 50) Tauhid yang dituntut dari seorang hamba adalah kembali dari selain Allah menuju kepada Allah. Hijrah kepada Allah mengandungi : Menghindari apa-apa yang dibenci Allah, dan mengikuti apa-apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Firman Allah :

"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (QS Al-Muddaththir 4)

Sabda Nabi Muhammad saw: "Muhajir (orang yang berhijrah itu) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."

"Dari Amru bin Abasyah y berkata : Seseorang bertanya : Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Beliau menjawab : "Hatimu menyerah dan  orang-orang Muslim selamat dari gangguan tangan dan lisanmu. Ia berkata : "Islam macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab "Al-Iman." Ia bertanya : "Apakah iman itu?" Beliau menjawab : "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya
dan kebangkitan setelah mati." Ia bertanya lagi : "Iman macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Hijrah." Ia bertanya : "Apakah
hijrah itu?" Beliau menjawab : "Engkau tinggalkan kejahatan." ....... (HR Ahmad)

Abdullah bin Amr bin Ash ra. meriwayatkan bahawa seorang Badui yang penuh perhatian dan suka bercakap terus terang datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya : "Wahai Rasulullah. beritahulah kami tentang hijrah. Apakah hijrah itu kepada engkau di mana sahaja engkau berada? Atau kepada suatu kaum tertentu atau ke kawasan yang telah diketahui? Apakah jika saya mati hijrah itu terputus? Abdullah mengatakan : "Kemudian Rasulullah saw diam sejenak, lalu beliau saw bersabda : "Mana orang yang tadi bertanya itu?" Ia (Abdullah) menjawab
: "Inilah dia ya Rasulullah." Rasulullah saw bersabda : Hijrah itu adalah engkau tinggalkan pebuatan keji samada yang zahir mahu pun yang batin, lalu engkau dirikan solat dan tunaikan zakat. Kemudian jika engkau berbuat demikian maka engkau adalah Muhajir walaupun mati di dalam negerimu."(Musnad Ahmad, juzuk 2) .

Dari hadith-hadith di atas hijrah dapat dibahagi kepada dua aspek : batinah dan zahirah.

Ibnu Hajar al Asqalani mengatakan : "Hijrah yang batin adalah meninggalkan segala ajakan hawa nafsu amarah dan syetan. Sedangkah hijrah yang zahir adalah lari dengan membawa agama untuk menghindari fitnah. Dulu kaum muhajirin diarahkan dengan hadith-hadith seperti itu agar mereka tidak hanya melaksanakan perpindahan dari negeri mereka semata-mata melainkan mereka mesti melaksanakan perintah-perintah syariat dan menjauhi larangannya." (Ibnu Hajar, Fathul Bari juzuk 1, hal 41)

Landasan hijrah ini adalah kecintaan dan kebencian. Orang yang berhijrah dari sesuatu menuju sesuatu yang lain, maka apa-apa yang dia tuju dalam hijrahnya itu mesti lebih dia cintai daripada apa-apa yang dia tinggalkan. Sehingga ia lebih mengutamakan urusan yang lebih dicintainya daripada yang lain. Hijrah ini boleh menjadi kuat dan boleh menjadi lemah di dalam hati seseorang, tergantung kepada panggilan cinta. Jika itu lebih kuat maka hijrah itu pun lebih kuat dan dilaksanakan dengan sempurna. Dan jika panggilan itu lemah, maka hijrah pun akan menjadi lemah pula, sehingga hampir merasa tidak ada ilmunya dan tidak ada kemahuan bergerak untuk hijrah. Oleh itu usaha meningkatkan kesediaan untuk hijrah, mesti diawali dengan usaha peningkatan iman sehingga kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaan kepada selain keduanya. Maka jika keadaan seperti itu sudah dimiliki seseorang, kesediannya untuk hijrah akan benar-benar kuat pada saat datangnya panggilan hijrah, samada panggilan hijrah batinah mahu pun hijrah zahirah.

B. Hijrah dengan badan dari satu negeri ke negeri yang lain :

Hijrah dengan badan ini sama sekali tidak ada nilainya di dalam Islam jika tidak didasari oleh hijrah yang pertama. Hijrah dengan badan ini semestinya merupakan perwujudan dari hijrah yang pertama sesuai dengan tuntutan keadaan.

Jenis hijrah ini terbahagi beberapa macam antara lain :

1. Hijrah dari Darul Harbi menuju Darul Islam.
Hijrah ini hukumnya wajib pada zaman Nabi Muhammad r. Hijrah semacam ini juga tetap diwajibkan hingga ke hari kiamat. Dan hijrah yang sudah terputus oleh Fathu Makkah adalah tujuan hijrah kepada Nabi saw dimana saat itu beliau berada, oleh itu orang yang masuk Islam di Darul-Harb wajib pergi ke Darul-Islam. (Ahkamul Qur'an - Ibnul Arabi 1/484, Syarh An-Nawawi 'ala Sahih Muslim 13/8 dan Tafsir Al-Qurtubi 5/308). Hal ini dikuatkan oleh hadith Mujasyi bin Mas'ud, ketika bersama saudaranya, Mujalid bin Mas'ud datang kepada Nabi saw, seraya berkata, "Ini Mujalid yang hendak berbaiat kepada engkau untuk berhijrah." Beliau saw menjawab : "Tidak ada hijrah setelah Fathu Makkah, tetapi aku akan membaiatnya pada Islam."(Sahih Bukhari, Kitabul Jihad 6/189, hadith no. 3079, Sahih Muslim, Kitabul Imarah, 3/1488, hadith no 1864.) Maka nash-nash yang telah diriwayatkan tentangkewajiban hijrah tetap berlaku bagi kondisi orang Muslim yang di Darul-Harb (Al-Wala wal-Bara - Muhammad bin Said Al-Qahtani 286) Jadi setelah Fathu Makkah, Mujalid dalam riwayat di atas yang ingin berbaiat kepada Nabi saw. untuk hijrah, oleh Nabi saw tidak diterima, tapi beliau membaiatnya pada Islam, kerana Makkah saat itu sudah menjadi Darul-Islam.

2. Hijrah keluar dari wilayah yang dipenuhi bid'ah.
Imam Malik berkata : "Tidak halal bagi seseorang untuk tinggal di suatu negeri yang ulama salaf dicela di dalamnya." (Ahkamul Qur'an - Ibnul Arabi 1/484,485)

3. Hijrah keluar dari daerah yang di dalamnya lebih banyak terdapat hal-hal yang haram.
Hijrah ini dilaksanakan oleh seorang Muslim kerana mencari rezki yang halal merupakan kewajiban bagi setiap orang Muslim. (lihat Ahkamul Qur'an - Ibnul Arabi 1/484-485)

4. Hijrah menghindari siksaan terhadap badan.
Ini merupakan fadilah dari Allah yang merupakan rukhsah bagi orang Muslim. Bila seseorang merasa kuatir akan ancaman terhadap dirinya ketika tinggal di suatu tempat,maka Allah mengizinkan baginya untuk keluar dari sana dan dia menghindar agar ia terlepas dari ancaman itu. Orang pertama yang melakukan hini adalah Nabi Ibrahim as., ketika beliau merasa kuatir terhadap kaumnya, dengan berkata :

"Sesungguhnya aku berhijrah ke (tempat yang diperintahkan) Rabb-ku." (Al-Ankabut 26).

Dan beliau juga berkata :

"Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Rabb-ku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku." (Ash-Shaffat 99)

5. Hijrah untuk berjihad.
Kewajiban hijrah ini tetap berlangsung hingga ke hari kiamat. Selama masih ada jihad maka hijrah tetap menjadi satu kewajiban. Sabda Nabi saw.:

"Sesungguhnya hijrah tidak terputus selama masih ada jihad."
"Sekali-kali hijrah tidak akan terputus selama orang-orang kafir diperangi."

Hijrah tetap wajib selama masih ada jihad, sementara jihad itu sendiri akan tetap berlangsung hingga ke hari kiamat. Maka oleh yang demikian kewajiban hijrah akan tetap berlangsung hingga ke hari kiamat. Sabda Nabi saw. :

"Sekelompok ummatku akan sentiasa ada yang membela kebenararan, mereka memerangi orang-orang yang melawan mereka atau yang menghalangi mereka untuk berperang, sehingga datangnya perintah Allah sedangkan mereka dalam keadaan demikian.." (HR Muslim)

Dan juga sabda beliau saw : "Kuda itu tertambat pada ubun-_ubunnya kebaikan hingga ke hari kiamat iaitu pahala dan ghanimah. " (HR Muslim)

Mengenai hadith ini :
"Tidak ada hijrah selepas futuh Makkah, tetapi yang ada ialah Jihad dan niat..."(HR Bukhari)

Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam mengatakan : .......Tidak ada hijrah sesudah futuh Makkah, maksudnya : Sesungguhnya bintang tanda jasa bagi
nama orang yang berhijrah dengan nama 'Muhajirin' ini diambil dari Allah Rabbul Alamin, dan pahala yang telah diraih oleh para sahabat dengan sebab hijrah mereka bersama Nabi saw itu telah terputus. Pendek kata : Hijrah dari Makkah ke Madinah telah terputus dengan adanya futuh Makkah, kerana hijrah itu akan mendapatkan pahala jika di dalamnya ada kekuatiran, keletihan, serta pengorbanan. Adapun setelah Makkah menjadi negeri yang damai, dan Madinah pun telah menjadi negeri yang damai, maka tidak ada perbezaan antara Mekkah dengan Madinah
iaitu tidak membuahkan pahala hijrah.

"(Juga) bagi fuqara yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari karunia dari Allah dan keredhaan-(Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar." (QS Al-Hasyr 8)

Hijrah adalah isitilah Rabbani bagi sekelompok manusia yang telah berhijrah sebelum futuh Makkah.....adapun setelah futuh Makkah orang yang berhijrah tidak lagi diberi istilah Muhajir. Sebab itu, ketika Sofwan bin Umayyah ( Sofwan turut serta dalam perang Hunain ketika masih kafir kemudian sesudah perang Hunain ia masuk Islam. Kemudian keislamannya baik, lalu ia mendengar keutamaan-keutaman hijrah ), ia menjumpai Rasulullah saw di Madinah, ia berkata : "Wahai Rasuluullah, saya telah berniat untuk hijrah ke Madinah." Beliau saw menjawab : "Hijrah itu telah berakhir bagi ahlinya." .... (Hijrah telah berakhir bagi ahlinya) : sebelum futuh Makkah orang yang berhijrah itu ... adalah Muhajir. Adapun setelah futuh Makkah, hijrah dariMakkah ke Madinah telah berakhir, tetapi hijrah yang selalu menyatu dengan jihad dan selalu berkaitan dengannya tidak terputus hingga hari kiamat. Kerana jihad tidak terputus maka hijrah pun tidak terputus."(Dr. Abdullah Azzam, Fil Hijrati wal I'dadi.)

V. SEBAB-SEBAB WAJIB HIJRAH


1. Kerana adanya fitnah terhadap agama.
Jika seseorang muslim tinggal di suatu tempat, kemudian ia tidak dapat melaksanakan agamanya, bahkan hidupnya sentiasa terancam jika ia tetap mengamalkan agamanya, maka ia wajib berhijrah meninggalkan tempat tersebut

Firman Allah :

"Sesungguhnya yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?" Mereka menjawab : "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Makkah)." Para malaikat berkata : "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?" Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa 4 : 97)

Ibnu Kathir berkata : "Menganiaya diri sendiri, maksudnya adalah tidak mahu berhijrah." Selanjutnya beliau berkata : "Ayat ini mencakup semua
orang yang menetap di tengah-tengah orang-orang musyrik, padahal ia mampu berhijrah dan tidak mungkin menegakkan agama. Menurut Ijma' dan nash ayat ini, ia telah melakukan hal yang diharamkan. (Tafsir Ibnu Kathir 2/343)

Rasulullah saw bersabda : Maksudnya : "Aku berlepas diri dari setiap orang muslim yang menetap di tengah-tengah orang-orang musyrik." Ada
orang yang bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab : "Agar api di antara keduanya tidak ditampakkan. ( Sunan Abu Daud, Kitabul Jihad 3/105, hadith no 2645, At-Tirmizi 5/329, hadith no 1604. Ini hadith hasan menurut Al-Albany (lihat Shahihul Jami'is Shaghir 2/17, hadith no 1474). Maksudnya : "Barangsiapa mengumpuli orang musyrik dan menetap bersamanya, maka sesungguhnya ia serupa dengannya." (HR Abu Daud dalam Kitabul Jihad 3/224, hadith no 2787. Ini hadith hasan menurut Al-Albany.)

Al-Hasan bin Shalih berkata : "Barangsiapa menetap di daerah musuh - meskipun ia mengikuti Islam - padahal ia mampu berpindah ke lingkungan orang-orang muslim, maka hukum yang diterapkan bagi dirinya adalah hukum orang musyrik. Apabila ada seorang prajurit perang (dari kalangan orang kafir) masuk Islam, lalu ia masih berada di negerinya yang kafir, padahal ia mampu keluar dari sana, maka ia bukan orang muslim. Ia dihukumi seperti hukum yang diterapkan terhadap prajurit perang , baik terhadap harta mahupun jiwanya." (Ahkamul Qur'an, Al-Jashshash 3/216)

Dari Ato bin Abi Robah ra. berkata : "Aku menunjungi Aisyah ra. bersama Ubaid bin Umair Al-Laisy kemudian kami bertanya mengenai hijrah. Maka Aisyah ra. menjawab : "Pada saat ini tidak ada hijrah. Keadaan kaum mukminin pada zaman dahulu, salah seorang di antara mereka lari dengan membawa agama mereka kepada Allah dan Rasul-Nya kerana kuatir terjadi fitnah atas dirinya. Adapun hari ini Allah telah memenangkan Islam dan manusia beribadah kepada Allah tanpa rasa takut. Akan tetapi yang ada adalah jihad dan niat." (HR Bukhari)

Hadith di atas menunjukkan bahawa jika kaum muslimin merasa kuatiragama mereka terkena fitnah, maka mereka mesti hijrah. Dalam Sirah Nabawiyyah kita ketahui bahawa para sahabat diperintahkan untuk hijrah baik ke Habasyah mahupun ke Yathrib (Madinah) ketikapenyiksaan yang dilakukan Quraisy terhadap kaum muslimin semakin meningkat. Termasuk beliau sendiri melaksanakan hijrah ke Yathrib.

2. Jika seorang muslim tidak dapat menzahirkan diennya di mana ia berada, maka ia wajib melaksanakan hijrah. Sebaliknya jika ia masih mampu menzahirkan diennya maka hijrah belum wajib baginya. Muhammad bin Said bin Salim Al-Qahtani mengatakan : "Orang yang dapat menampakkan secara terus terang, bara dari diri mereka dan apa yang ada pada mereka, dapat menjelaskan bara'nya dari mereka dan dapat menerangkan bahawa sebenarnya mereka tidak berada pada kebenaran, tapi pada kebatilan. Inilah yang dinamakan dapat menampakkan agamanya, sehingga ia tidak wajib berhijrah. Oleh itu Allah swt menurunkan Surat Al-Kafirun. Allah memerintahkan agar Rsulullah saw mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang kafir, beliau tidak menyembah apa yang mereka sembah, mereka berlepas diri dari penyembahan kepada Allah, dengan kata lain mereka berada pada kemusyrikan dan bukan tauhid, beliau redha kepada agama-Nya yang dipeluknya, dengan begitu beliau bara' dari agama mereka, sebagaimana firman-Nya.

"Katakanlah : "Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintahkan supaya termasuk orang-orang yang beriman.', dan (aku diperintah) : "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik." (Yunus 10 : 104-105)

Barangsiapa mampu menyatakan seperti itu kepada orang-orang musyrik, maka ia tidak diwajibkan hijrah. (Muhammad b Said bin Salim Al-Qahtani - Al-Wala wal Bara ha. 277)

3. Jika seorang muslim tidak dapat mempelajari ajaran Islam kerana tidak ada guru yang akan mengajarinya maka ia wajib berhijrah kerana setiap muslim wajib beramal berdasarkan ilmu.

Maksudnya : "Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa ilmu pengatahuan padamu. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan diminta pertanggung-jawaban."(QS Al-Isra 36 )

4. Perintah Pimpinan Kaum Muslimin.
Jika Pimpinan Kaum Muslimin memerintahkan untuk hijrah, baik ditujukan kepada peribadi seseorang mahu pun perintah kepada seluruh kaum Muslimin, maka hijrah wajib dilaksanakan oleh setiap orang yang mendapat perintah tersebut. Seperti hijrahnya para sahabat ke Habasyah dan Madinah.

V. HIJRAH MERUPAKAN SALAH SATU UNSUR DI DALAM 1QOMATIDDIN.


Berdasarkan beberapa kajian tentang Islam yang telah kita pelajari selama ini kita mengetahui bahwa cara iqomqtuddin yang semestinya kita tempuh adalah (mengikuti Rasulullah saw). Dan di dalam proses iqomatuddinnya, Rasulullah saw telah menempuh langkah-langkah yang secara garis besarnya adalah Iman - Hijrah dan Jihad. Bersama generasi muslim yang awwal, Rasulullah saw dengan melalui dakwahnya telah membina Iman serta mewujudkannya dalam kehidupan sehari-hari sesuai dengan apa yang telah diperintahkan Allah pada masa itu. Langkah dan sikap Rasulullah saw bersama para sahabatnya itu telah menimbulkan ketidaksukaan sebahagian besar kaum Quraisy. Dan dengan cepat ketidaksukaan mereka itu meningkat menjadi kebiadaban dan kekejaman yang mereka lakukan terhadap Rasulullah saw dan para pengikutnya. Dalam keadaan yang seperti itu, Allah swt telah memberikan isyarah kepada Rasulullah saw agar beliau saw berserta para sahabatnya pergi meninggalkan bumi Makkah, berhijrah menuju tempat yang telah dipersiapkan sebelumnya oleh Rasulullah saw. sebagai ardun mustaqillah (bumi yang merdeka) sehingga kaum muslimin dapat leluasa melaksanakan segala perintah Allah yang telah turun pada masa itu dan juga leluasa untuk mengatur taktik dan strategi menghadapi musuh-musuhnya. Maka Rasulullah saw segera memerintahkan para sahabatnya untuk berhijrah meninggalkan tanah air yang mereka cintai. Dan selanjutnya setelah beberapa masa beliau menyusul kepergian mereka. Dengan adanya hijrah inilah, dapat dibezakan dengan nyata siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Perwujudan sikap alwala dan albara lebih nyata daripada sebelumnya. Dan dengan adanya hijrah inilah, model masyarakat Islam peringkat awal dapat terbentuk dalam wujud yang lebih jelas. Unsur utama penopangnya adalah kaum Muhajirin dan Ansar. Kaum Muhajirin dan Ansar ini merupakan kewujudan yang muncul kerana adanya pelaksanaan hijrah. Dan masing-masing mereka memiliki kelebihan tersendiri. Firman Allah :

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (QS Al-Anfal 74-75)

"(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang faqir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampong halamannya dan hartabendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabi'at bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."(QS Al-Hasyr 9)

Dan juga dengan adanya hijrah inilah mereka dapat menyusun dan mempersiapkan kekuatan yang murni untuk melaksanakan tahapan berikutnya dalam iqomatuddin iaitu jihad fie sabilillah.

Jadi jika harakah Islamiyyah sungguh-sungguh hendak memperjuangkan Islam (Iqomatuddien) dengan metod yang pernah ditempuh oleh Rasulullah saw, maka setelah ia giat menyeru dan membawa ummat kepada Iman, ia mesti akan sampai kepada tahapan selanjutnya iaitu hijrah, kemudian selepas itu melangkah ke tahapan berikutnya iaitu jihad fie sabilillah. Dan dengan adanya sikap hijrah itu maka terwujudlah dua unsur utama penopang perjuangan iaitu Muhajirin dan Ansaar. Tentu sahaja kewujudan mereka ini tidak seratus peratus sama dengan Muhajirin dan Ansaar dari generasi Islam yang pertama samada kondisi dan applikasinya mahu pun kualitinya. Namun kewujudan fungsi dari kedua unsur tersebut mutlak diperlukan di dalam proses Iqomatuddin..

Demikianlah garis besar langkah perjuangan yang telah ditempuh oleh Rasulullah saw. maka setiap muslim dalam harakah Islamiyyah yang berusaha menjadikannya sebagai panduan dalam langkahnya, semestinya ia mempersiapkan diri samada untuk menjadi Muhajir mahu pun ýAnsar, kerana setiap perjuangan menegakkan Islam akan sentiasa mengandungi kedua unsur utama penopangnya itu. Kemudian kedua unsur utama itu sama-sama menjadi Mujahid bersama kaum kaum muslimin lainnya untuk berjihad fie sabilillah.

Rasulullah saw telah menyatakan bahawa sekiranya beliau tidak menjadi Muhajir, beliau akan menjadi orang Ansar. Sabdanya :

"Sekiranya tidak ada hijrah niscaya aku menjadi orang dari kalangan Ansaar." (HR Bukhari dan Musliim)

V. HIKMAH HIJRAH.

1. Dengan adanya hijrah, kaum Muslimin dapat memilki ardun mustaqillah ( bumi yang merdeka) sehingga mereka dapat melaksanakan urutan kewajiban selanjutnya iaitu Jihad fi sabilillah serta dapat melaksanakan ajaran Islam dengan lebih leluasa tanpa ada pengekangan
kuasa lain yang tidak sukakan Islam.

2. Mendapat tempat yang luas untuk beribadah kepada Allah dan rizqi yang banyak.Allah berfirman : "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. (QS An-Nisa 100)

3. Mendapat tempat yang baik di dunia dan mendapat pahala yang lebih besar di akhirat."Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui."(Q S An-Nahl 41)

4. Dapat terpelihara dari pengaruh buruk adat istiadat dan kebudayaan kaum kuffar.

VI. FADHILAH HIJRAH

Fadhilah Hijrah yang tercantum di bawah ini adalah fadhilah hijrah bagi orang-orang yang melaksanakan hijrah dari Makkah ke Madinah sebelum futuh Makkah dan juga bagi orang-orang yang melaksanakan hijrah sebagai tahapan untuk melaksanakan jihad fi sabilillah. (lihat : Dr. Abdullah Azzam, Fil Hijrati wal I'dadi)

1. Mendapat darjat paling agung di sisi Allah.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS At-Taubah 20)

2. Mendapat rahmat dan keredhaan Allah serta kekal di dalam syurga

"Rabb mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal."(QS At-Taubah 21-22)

3. Dosa-dosa mereka akan diampuni Allah :

"Dan sesungguhnya Rabbmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar, sesungguhnya Rabbmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS An-Nahl 110)

4. Kesalahan-kesalahan mereka akan ditutupi/diampuni

"...Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."(QS Ali Imran 195)

5. Kematian orang yang berhijrah termasuk mati syahid. Firman Allah :

"Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS An-Nisa 100) Sabda Rasulullah :

"Sesiapa yang menginjakkan kakinya di atas kendaraan untuk pergi (berjihad) di jalan Allah, lalu dia disengat serangga berbisa atau dilemparkan oleh binatang tunggangannya atau dia mati dengan cara apapun, maka di mati Syahid. (HR Abu Daud dan Ahmad)

VII. AKIBAT MENINGGALKAN HIJRAH

1- Kehilangan hak perlindungan dari kaum mukminin di Darul Islam.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka itu sama lain lindung-melindungi Dan (terhadap) orang -orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam (urusan pembelaan) ugama, maka kamu wajib menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian diantara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan." (QS Al-Anfal 72)

2- Di dunia, terhina dan tertindas oleh orang-orang kafir dan di akherat termasuk penghuni neraka Jahannam.

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan menganiaya diri sendiri, kepada mereka malaikat bertanya : "Dalam keadaan apakah kalian ini?" Mereka menjawab : "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi (negeri Mekah)." Para malaikat berkata : "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?" Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."(QS An-Nisa 97)

Wallahu'alam bishawab

 

Sumber : Laman Web Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah

 

 

 

 

Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (22 Mac 2001)

 

[ Home ]