KETERANGAN LOGO

 

 

 
  • Mazuki Izani itu adalah nama sebenar pemilik laman web ini. Diwarnakan dengan warna hijau kerana hijau melambangkan kedamaian, ketenagan & juga kecintaan kepada Islam.

  • Globe di tengah-tengah itu menandakan harapan & hasrat webmaster untuk menjelajah seluruh dunia melalui internet bagi mengumpulkan bahan-bahan bermanfaat. Diwarnakan dengan hijau kerana pencariannya lebih tertumpu kepada maklumat-maklumat Islam  (dunia Islam) selain maklumat-maklumat lain. Keadaannya sentiasa berpusing sebagai isyarat bahawa dunia ini (terutama dari segi maklumat) sentiasa berubah & berkembang serta memang sudah menjadi tabi'e bumi ini berpusing di atas paksinya sendiri.

  • El-Besuty  ( البسوتي ) dirangkumkan dengan nama webmaster kerana terpengaruh dengan nama orang arab yang sering menisbahkan nama mereka dengan tempat asal mereka. Besut adalah tempat kelahiran webmaster. El-Besuty maksudnya orang Besut. Seumpama El-Maaliiziyy, bermakna orang Malaysia, Al-Afghani bermaksud orang Afghanistan dll. Tulisan El-Besuty ditulis dengan tulisan arab sebagai petanda bahawa istilah/penisbahan seumpama ini hanya familiar di kalangan orang arab sahaja. Penggunaan istilah ini oleh webmaster hanya untuk tabarruk ( تَبَرُّك ), mudah-mudahan dikurniakan lisaanan-'arabiyyan mubiinan ( لسانًا عربيًّا مبيْنًا ). Tidak ada apa-apa makna disebalik perletakan warnanya sebagai biru, hanya untuk memperelokkan kombinasi warna sahaja.

  • Bendera Malaysia separa terang yang membelakangi nama itu menunjukkan bahawa webmaster berasal dari Malaysia secara umumnya, bagi yang tidak mengenali nama tempat Besut itu sendiri.

* Logo dibuat dengan menggunakan teknologi Adobe Photoshop 5.5 dan beberapa perisian lain.

 

Hakcipta ? 2000-2001 Mazuki Izani El-Besuty (12 Ogos 2001)

[ Home ]

.